MCMC Bidas Video Tular Tentang Bahaya payWave

Lagi ketakutan tak berasas terhadap kaedah pembayaran dalam talian tular di media sosial. Kali ini adalah melalui satu video di Facebook yang mendemonstrasikan mesin Point-of-Sales (POS) untuk pembayaran melalui kad dilalukan pada dompet mangsa dan proses pembayaran berlangsung tanpa pengetahuan mangsa.

 

高科技耍小心

Posted by Lye Seng Teo on Tuesday, 24 July 2018

Laman sebenarnya.my, laman yang dikhususkan untuk mematahkan berita tak benar yang dikelolakan MCMC hari ini menerbitkan satu hebahan untuk memperjelas kekeliruan yang timbul dalam pengguna yang kini takut untuk menggunakan fungsi pembayaran nirsentuh pada kad debit/kredit mereka. Hebahan tersebut mengandungi kenyataan media bersama yang dikeluarkan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM).

Sungguhpun tidak mengatakan yang ia adalah mustahil, pihak ABM menyatakan yang hampir mustahil untuk melakukan penipuan tersebut, sekurang-kurangnya di Malaysia. Hal ini kerana terdapat beberapa lapisan keselamatan yang perlu ditembusi untuk menjayakan skim jelek itu.

Yang pertama, hanya peniaga yang berdaftar dan telah melepasi proses saringan yang amat ketat boleh menggunakan terminal POS. Tambahan pula, segala transaksi yang melalui alat tersebut boleh dijejak sumbernya.

Untuk pihak pengguna pula, selagi mereka menjaga kad debit/kredit mereka dengan baik mereka dilindungi undang-undang daripada transaksi tanpa kebenaran contohnya melalui polisi sifar liabiliti (zero liability polisi).

Kemudian, terdapat had transaksi untuk pembayaran nirsentuh yang ditetapkan oleh bank ataupun institusi kewangan yang mengeluarkan kan. Jika melebihi had, kod PIN diperlukan untuk meluluskan transaksi tersebut.

Jika masih takut, pengguna boleh menghubungi pihak bank untuk menghalang fungsi pembayaran nirsentuh pada akaun mereka.

Rakan kami di SoyaCincau.com turut mempunyai pendapat yang serupa.

[Sumber: Sebenarnya.MY, ABM]

BACA  ASUS Zenfone 5z dan Zenfone Max Pro paling murah pada 9 September