• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Baucar dan pelancongan percuma untuk tempahan awal honor Play

  • OLEH Najib
  • 7:16 pm
  • 01/08/2018
  • Komen
Baucar dan pelancongan percuma untuk tempahan awal honor Play
Share on FacebookShare on Twitter

honor telah mengesahkan pelancaran honor Play di Malaysia pada 7 Ogos akan datang. Hari ini mereka memaklumkan lagi berita gembira untuk peminat honor yang mahu menjadi yang terawal memiliki honor Play yang berkuasa Kirin 970 dengan GPU Turbo.

Bermula hari ini hingga 6 Ogos, orang ramai boleh mendapatkan kupon honor RM30 secara percuma. Hanya pergi ke laman hihonor Malaysia dan daftar masuk ke akaun honor anda. Kemudian pergi ke laman promosi honor Play, dan tekan butang PRE-BOOK TO GET RM30 VOUCHER. Baucar RM30 akan terdapat dalam akaun Coupons anda.



Pada 7 Ogos pula, pelancaran honor Play akan diadakan. Dalam masa itu, honor Malaysia akan menayangkan strim secara langsung majlis pelancaran tersebut. Penonton strim ini berpeluang untuk memenangi baucar bernilai RM50.

Tempahan awal honor Play akan dibuka dari 7-9 Ogos 2018. Mereka yang membuat tempahan honor Play dalam tempoh ini, berpeluang untuk memenangi percutian ke Koln, Jerman. Tiada maklumat lanjut tentang tempahan awal ini, jadi kena tunggu pengumuman 7 Ogos nanti.



Telefon pintar honor Play boleh dikatakan telefon pintar ‘gaming’ dalam kelas pertengahan. Ini kerana ia memiliki cip pemproses terbaik dari HUAWEI, Kirin 970 dengan kuasa tambahan GPU Turbo.

Selain cip pemproses, lain-lain perkara di honor Play agak biasa. Ia memiliki RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB. Ia sedia menerima kad mikroSD dalam slot kad hibrid.

Skrin honor Play agak besar, berukuran 6.3-inci dengan resolusi HD Penuh+ 2340×1080 dalam nisbah 19.5:9 bersama takuk di atas. Baterinya pula sebesar 3,750mAh dan menyokong pengecasan pantas 9V/2A, tetapi bukan HUAWEI SuperCharge.

Sistem bunyi mengurangkan ciri-ciri gaming pada honor Play kerana ia hanyalah speaker tunggal di bawah, tetapi masih memiliki port audio 3.5mm untuk memainkan fon kepala berwayar.

Kamera bukanlah fokus utama honor Play kerana ia dilengkapi lensa berkembar di belakang, 16MP F2.2 + 2MP F2.4 untuk mengesan kedalaman dan menghasilkan gambar bokeh. Kamera hadapan juga 16MP F2.0 lensa tunggal dengan saiz piksel sebesar 2.0-mikron hasil tekologi pixel-binning. Ini memberi lebih kecerahan kepada gambar.

honor Play telah dilancarkan di China pada bulan Jun lepas, dengan harga RMB1,999 (~RM1,198) bagi model 4GB RAM dan 64GB storan. Kami jangka, harga di Malaysia tidak jauh berbeza dari ini, paling tinggi pun mencecah RM1,299.

Harga rasmi honor Play di Malaysia akan diumumkan pada 7 Ogos nanti. Kami akan membuat liputan pada acara pelancaran tersebut, nantikan berita dari kami.

Tags: honorhonor malaysiahonor Playhonor Play Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Baucar dan pelancongan percuma untuk tempahan awal honor Play

Baucar dan pelancongan percuma untuk tempahan awal honor Play

1 August 2018
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN