Tiga Pengumuman Penting McDonald’s Malaysia Yang Pasti Mengiurkan Anda

Di bandar-bandar besar, fenomena servis penghantaran makanan semakin menular dalam kalangan golongan pekerja yang tidak punya masa untuk berada di tempat makan sebaliknya lebih selesa berada di kubikel masing-masing sambil menjamah makanan.

Demi memberikan pengalaman fastfood yang lebih baik untuk pelanggan mereka, McDonald’s tampil dengan beberapa pengumuman penting.

Kerjasama McDonald’s dengan foodpanda

Satu kerjasama strategik diumumkan bersama foodpanda untuk meluaskan lagi capaian penghantaran McDonald’s ke seluruh Malaysia.

Ia dimungkinkan dengan mengambil manfaat daripada rantaian ekstensif penghantaran makanan foodpanda sejak sekian lama.

Melihat foodpanda sebagai salah satu servis penghimpun (agregator) makanan, McDonald’s akan lebih terbuka untuk bekerjasama dengan servis yang serupa pada masa yang akan datang.

Pelancaran APP McDelivery yang baru

McDelivery memulakan servis mereka pada 28 Mac 1994 tapi tempahan menggunakan APP bermula 2016. Tapi untuk kali ini, mereka hadir dengan APP yang berwajah baru dan lebih menarik.

Ia boleh dimuat turun oleh pengguna Android mahupun iOS dan bukan hanya digunakan untuk menempah makanan. Terdapat beberapa ciri menarik lain seperti promosi harian, tempahan makanan untuk parti hari jadi, cari lokasi premis, dan pusat maklum balas.

Salah satu keunikan APP ini adalah, ia akan memberikan promosi yang disuaikan dengan sejarah pengguna. Antara pemboleh ubah yang diambil kira adalah seperti apa yang pernah mereka tempah dulu serta lokasi.

Lebih menarik, McDonald’s menyediakan servis McDelivery 24 jam sehari!

Promosi #fattzura Hantar McD

Jika anda selalu memesan makanan melalui McDelivery, anda jangan terkejut sekiranya si penghantarnya adalah Fazura ataupun Fattah Amin.

Ya, antara 1 Ogos hingga 15 Ogos 2018, kedua-dua selebriti tanah air ini akan menghantar, secara rambang, pesanan anda terus ke muka pintu.

BACA  Lebih RM300 hadiah untuk tempahan awal tiga kamera Galaxy A7

Selain dapat bergambar dengan mereka, terdapat juga 20 hadiah sagu hati lain seperti baucar McDelivery bernilai RM300 serta sehelai t-shirt bertandangan artis itu.

Layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.