Digi Internet Gemilang beri internet tanpa had percuma selama 61 hari

Bulan Ogos adalah bulan kebangsaan kerana Hari Kemerdekaan jatuh pada 31 Ogos. Digi mahu menyambutnya dengan lebih meriah apabila menawarkan internet tanpa had kepada pelanggan Digi terpilih, secara percuma.

Digi menggelar tawaran ini, Internet Gemilang. Sudah pasti ada terma dan syaratnya, tetapi ia amat mudah.

Internet tanpa had ini diberikan selama 61 hari, dari 1 Ogos hingga 30 September 2018. Ia disediakan 12 jam sehari, dari 12 tengah malam hingga 12 tengah hari. Tiada pengaktifan diperlukan, ia diberikan secara automatik. Tiada juga kontrak dikenakan.

It's #InternetGemilang 🇲🇾 We want to thank you Digi Postpaid customers with Unlimited Internet from 12AM – 12PM everyday for 61 days! Find out more http://digi.my/gemilangfb

Terms and conditions apply.

Posted by Digi on Wednesday, August 1, 2018

Pelanggan yang boleh menikmatinya adalah pelanggan prabayar dan pascabayar dengan pelan internet berkadar RM38 sebulan dan ke atas, serta pelan prabayar Digi Home Broadband RM60 sebulan.

Tetapi internet tanpa had ini tidak boleh dikongsi secara hotspot. Kuota data biasa akan ditolak jika hotspot digunakan.

Jika anda pelanggan pelan Digi Super Tererrr 38 dan Super Tererrr 58 yang telah sedia ada internet tanpa had 12am-12pm, anda akan menerima tambahan kuota data biasa sebanyak 2GB pada setiap kali pengaktifan.

Jika anda pelanggan Digi dan ingin juga menikmati tawaran Internet Gemilang ini, hanya naik taraf atau langgan mana-mana pelan Digi berkadar RM38 dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut, layai laman web Digi Internet Gemilang.

BACA  Xpax bagi 1GB data percuma untuk tambah nilai RM10 dan ke atas