VideoLan BAN telefon Huawei dari muat turun aplikasi VLC

VLC adalah satu aplikasi pemain video yang boleh digunakan di pelbagai platform seperti Windows, MacOS serta di Android. Ia juga menyokong banyak format video, menjadikannya pemain video yang sangat mudah digunakan tanpa ketidak serasian.

Tetapi baru-baru ini pengeluarnya, VideoLAN memaklumkan telah mengharamkan aplikasi VLC dari dipasang di telefon pintar Huawei. Ia memaparkan notis tidak serasi atau not compatible di Google Playstore jika telefon Huawei mahu memuat turunya.

Perkara ini berlaku selepas VideoLAN menerima rating dan komen yang teruk di Google Playstore. Apabila diselidik, kebanyakannya datang dari pengguna peranti Huawei.

Menurut VideoLAN, sistem operasi EMUI yang dicipta Huawei terlalu agresif menghalang dan mematikan aplikasi yang bergerak di belakang untuk menjimatkan bateri. Akibatnya, aplikasi VLC menghadapi masalah apabila pengguna menjalankan pelbagai aplikasi serentak.

Sebelum ini, EMUI banyak menerima aduan dari pengguna kerana terlalu agresif mematikan aplikasi, sehingga notifikasi baru pun tidak diterima langsung oleh pengguna. Ini sedikit sebanyak menimbulkan ketegangan sesama rakan dan keluarga kerana disangka mereka tidak mahu membaca Whatsapp, sedangkan notifikasi tidak diterima.

Bagi mengurangkan kejatuhan rating mereka di Google Playstore, VideoLAN mengambil langkah drastik dengan menghalang peranti Huawei dari memuat turun aplikasi VLC. Tetapi ia masih boleh dipasang dengan memuat turun APK terus dari laman web VideoLAN.

VideoLAN selepas itu menyatakan pihak Huawei telah menghubungi mereka dan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Belum ada massa ditetapkan lagi tetapi ia akan diusahakan secepat mungkin.

BACA  Singgah Ke Mana-Mana 3 Saluran Ini Untuk Ikuti Pelancaran Huawei Mate 20

Walaupun honor juga menggunakan sistem operasi EMUI, ia tidak pula kena ban dengan VideoLAN.

Jika anda pengguna peranti Huawei, adakah anda turut sama berhadapan masalah dengan aplikasi yang sering mati atau notifikasi tidak diterima? Adakah anda berpuas hati dengan EMUI sekarang atau ia boleh diperbaiki lagi? Kongsikan pendapat anda dengan kami.