Liga Professional Mobile Legends MY/SG Kembali Untuk Musim Kedua Dengan Taruhan Lebih Tinggi

Mobile Legends Professional League MY/SG kini masuki musim kedua. Pusingan kelayakan terbuka yang berlangsung antara 14 Jun hingga 8 Julai 2018 telah membawa 6 pasukan masuk ke pusingan liga manakala 4 pasukan lagi adalah daripada musim 1.

Antara wakil pasukan yang hadir di majlis pelancaran

10 pasukan yang akan merebut sejumlah wang tunia sekurang-kurangnya USD 100,000 adalah:

  1. AirAsia Saiyan
  2. Bigetron SG
  3. Borneo Dragon FV
  4. EVOS Esports SG
  5. Flash Tyrants
  6. ICON
  7. Mystic Burden
  8. Saiyan Reborn
  9. Traitor
  10. W.O.W

Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan pihak penganjur bagi menjadikan kejohanan ini lebih saksama serta menarik untuk ditonton. Antaranya adalah:

  • Peraturan dan kontrak pemain diperkemas kerana 80% pasukan kini adalah ditaja serta untuk mengekalkan integriti setiap pasukan.
  • Pusingan liga menggunakan format Round Robin, best of 3 berbanding best of 2 seperti musim lepas.
  • Setiap mata yang dikutip pasukan, mereka akan dianugerahi 200 USD sehingga ke penghujung musim.

Pusingan Liga berlangsung bermula 10 Ogos ini hingga 23 September dengan 2 hingga 3 perlawanan diadakan setiap minggu selama 18 minggu. Jadualnya boleh dirujuk di sini.

Kemudian, 8 daripada 10 pasukan akan maju ke pusingan playoff untuk bertarung sehingga tinggal 1 pasukan.

Siapakah yang akan mengungguli musim ke-2?

BACA  ASUS turunkan harga dua model Zenfone Max menjadi serendah RM399