Tips Elak Kejutan Bil Telco Untuk Jemaah Haji

Panggilan haji telah tiba lagi dan pastinya ribuan jemaah haji tak sabar untuk melawat Baitullah. Untuk kekal berkomunikasi dengan yang tersayang pastinya telefon adalah gajet yang wajib ada bersama tak kira berada dimana.

Oleh sebab berada di tanah asing, golongan ini pastinya terdedah dengan bahaya kejutan bil perayauan jika tidak peka. Masalah ini khususnya melanda jemaah yang lebih veteran dan hanya ingin fokus pada ibadah sehingga terlupa perihal telefon.

Selain pengguna sendiri, telco perlulah memainkan peranan untuk mengingatkan pelanggan mereka tentang perkara ini. Cara termudah adalah menghantar SMS mengandungi pesanan tentang bahaya kejutan bill.

Untuk pihak pengguna pula, ini beberapa tips yang digariskan CFM untuk elakkan perkara itu terjadi:

1. Rujuk telco berkaitan hal perayauan

Ini perkara pertama perlu dilakukan semasa anda melakukan persediaan. Biasanya maklumat perayauan ada dalam laman web rasmi telco ataupun anda boleh menghubungi hotline, facebook, atau email untuk mendapatkan kepastian.

Berikut adalah T&C untuk hal perayauan untuk telco:

2. Waspada untuk pengguna telefon dwi-SIM

Telefon sekarang kebanyakkannya ada dua slot SIM. Jadi, sebelum berangkat, sila pastikan kad SIM mana yang diaktifkan penggunaan data Internetnya. Cara melakukannya adalah berbeza daripada telefon ke telefon tapi asasnya ia terletak dalam ruangan “Setting”.

3. Beli kad SIM tempatan

Mutawwif pastinya berpengalaman dalam isu ini. Minta bantuan mutawwif untuk mencadangkan kad SIM mana paling berbaloi untuk digunakan sepanjang mengejakan ibadah haji.

4. Aktifkan “Airplane Mode”

Jika anda masih paranoid dengan kejutan bil, hidupkan Airplane Mode untuk mematikan modem LTE. Anda boleh kekal berhubung dengan sambungan Wi-Fi percuma yang pastinya ada tersebar disekitar Mekah, atauun melalui hotspot yang dikongsikan rakan jemaah lain.

BACA  Pelan baru KONFEM 4G LTE dari YES tiada had kuota dari RM30 sebulan

5. Gunakan APP seperti WhatsApp untuk bersembang

Secara asasnya, apa-apa APP yang menggunakan sambungan Internet boleh mengelakkan caj perayauan GSM melampau. WhatsApp misalnya kini ada fungsi sembang secara berkumpulan tanpa menggunakan perkhidmatan suara telco.

Jika anda mempunyai isu tentang bil telco anda walaupun sudah diadu pada pihak penyedia perkhidmatan, CFM bersedia untuk mendengar aduan itu. Mereka boleh dihubungi di beberapa saluran iaitu: