• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Anda Akhirnya Boleh Ekstrak Fail GPX Daripada Jam Amazfit Bip

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:35 pm
  • 06/08/2018
  • Komen
Anda Akhirnya Boleh Ekstrak Fail GPX Daripada Jam Amazfit Bip
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit Bip mungkin adalah jam tangan penjejek aktiviti dengan GPS termurah dalam pasaran Malaysia. Pada harga kurang daripada RM250, anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM225 bergantung pada pengedarnya.

Untuk perbandingan, jam tangan dengan spesifikasi yang hampir serupa mempunyai harga seperti berikut:



  • Garmin vivosport – RM799
  • Samsung Gear Fit 2 Pro – RM749
  • GeoNaute OnMove 500 – RM539

Tapi ia bukanlah sebuah jam tangan yang sempurna. Terdapat beberapa kelemahan yang saya temui sewaktu menggunakannya.

Kelemahan yang paling ketara adalah saya tidak boleh mengeksport aktiviti saya dalam bentuk fail GPX.



Pembangun Amazfit Bip mungkin ingin penggunanya menggunakan hanya APP Mi Fit untuk menyimpan data aktivit mereka. Hal ini kerana, jika anda ingin berkongsi tentang kepantasan larian petang anda, ia hanya boleh dikongsi dalam bentuk gambar.

Anda hanya boleh berkongsi gambar data aktiviti di APP Mi Fit

Produk jenama lain ada yang bolehkan kita kongsi dengan perkhidmatan pihak ketiga seperti:

  • Endomondo,
  • Strava,
  • Viewranger,
  • dan sebagainya.

Keupayaan ini memberi anda lebih kelonggaran untuk anda menganalisis aktiviti ataupun membanding beza dengan pengguna lain yang ada dalam perkhidmatan.

Contoh web-UI Strava yang sarat dengan aktiviti rakan lain

Hal ini kerana platform pihak ketiga ini tidak mengehadkan servis mereka pada satu jenama Amazfit sahaja tetapi terbuka pada sebarang enjejak asalkan ia boleh mengeksport fail GPX masuk ke mereka.

Fail GPX adalah sejenis fail yang mengandungi data seperti:

  • koordinat
  • masa
  • ketinggian daripada paras laut

Dalam kes Amazfit Bip pula, saya dapati yang fungsi mengeksport GPX itu tiada dan saya terus mencampakkannya dalam kotak simpanan dan menggunakan jam lain.

Setelah beberapa ketika, saya keluarkannya semula untuk mengemas kini firmware dan lakukan sedikit carian di Internet tentang isu GPX ini.

Nampaknya terdapat pengguna yang berjaya meluahkan keluar fail GPX daripada jam ini dan lantas sayapun mencubanya.

Langkah mengeksport fail GPX daripada Amazfit Bip

Malangnya, anda masih belum boleh mengekstrak fail GPX daripada APP Mi Fit telefon anda. Sebaliknya, terdapat workaround untuk anda beroleh fail keramat itu.

Ikuti langkah-langkah in untuk tujuan itu.

1. Buatkan Amazfit Bip Boleh Dilihat Telefon

Lancarkan APP Mi Fit pergi ke bahagian Profile. Kemudian, masuk ke ruangan setting Amazfit Bip. Tatal kebawah dan cari tetapan Discoverable.

Aktifkan fungsi itu.

2. Hubungkan Jam Tangan Dengan Telefon

Minimize APP Mi Fit dan lancarkan APP BLE Scanner. Telefon akan mula mencari peranti ber-Bluetooth disekeliling anda.

Jangan terkejut dengan senarai yang panjang. Tatal saja kebawah dan cari jam tangan anda yang bernama “Amazfit Bip Watch”.

Tekan Connect dan tunggu sehingga ia Bonded dengan telefon.

3. Ekstrak fail GPX daripada jam

Minimize APP BLE Scanner dan lancarkan pula APP Gadgetbridge. Tekan butang + pada APP untuk mula mencari jam tangan.

Setelah selesai menghubungkan telefon dengan APP Gadgetbridge, anda boleh menekan butang berbentuk orang sedang berlari dan telefon akan mulakan proses sync dengan jam tangan.

Tunggu sehingga semua aktiviti anda dipindahkan ke telefon.

Untuk mengekstrak fail GPX, tekan dan tahan aktiviti itu sehingga ia di-highlight.

Tekan butang Share pada bahagian atas kanan APP. Pilih aplikasi yang ingin anda kongsikan fail itu. Anda boleh berkongsi fail itu dengan diri anda sendiri di Telegram.

Satu lagi cara anda boleh mendapatkan fail GPX itu adalah dengan terus ke folder APP Gadgetbridge di Internal Storage/Android/data/ee.aegrel.gadgerbridge/file menggunakan apa-apa aplikasi File Manager.

Apa yang anda boleh buat dengan file GPX?

Terdapat pelbagai servis di Internet yang mempunyai fungsi mengimport fail GPX.

Contohnya, jika anda gemar melakukan aktiviti luar seperti treking hutan, fail GPX itu mengandungi laluan yang telah anda ambil.

Laluan itu boleh dikongsikan dengan pengguna lain yang mungkin tidak biasa dengan kawasan tempat anda beraktiviti itu dan boleh gunakan fail GPX sebagai pemandu arah menggunakan APP Viewranger.

Contoh trek yang pernah saya kongsi dan diguna oleh pengguna lain

Buat golongan yang gemar bersaing dalam aktiviti senaman seperti membanding beza kalori yang terbakar, jauh larian, pace, dan sebagainya, app Endmondo, Strava, dan seangkatan dengannya adalah sesuai.

Ia adalah platform sosial dengan fungsi kesihatan terbina padanya. Setiap kali selepas senaman, anda boleh mengekstrak fail GPX daripada jam dan terus memuat naik ke perkhidmatan pilihan anda.

Tags: amazfitAmazfit Bipamazfit bip malaysiaamazfit bip murahharga amazfit biphuamihuami amazfit bipjam tanganjam tangan pintarpelancaran amazfit bipreview amazfit bipsmartwatch murahspesifikasi amazfit biptempahan amazfit bipxiaomixiaomi malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda Akhirnya Boleh Ekstrak Fail GPX Daripada Jam Amazfit Bip

Anda Akhirnya Boleh Ekstrak Fail GPX Daripada Jam Amazfit Bip

6 August 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER