Redmi Note 5 turun harga setanding Zenfone Max Pro

Redmi Note 5 sememangnya salah satu pilihan terbaik untuk bajet di bawah RM1,000. Ia akan menjadi lebih menarik kerana harganya akan menjadi lebih rendah dari sedia ada.

DirectD, salah satu penjual peranti popular di Lembah Klang telah berkongsi harga jualan baru untuk Redmi Note 5. Bagi versi 4GB RAM dan 64GB storan, harganya menjadi RM869 dari RM949, manakala versi 3GB RAM dan 32GB storan pula menjadi RM699 sahaja, dari harga asal RM749.

Diskaun ini adalah sebanyak RM70 bagi model 4GB RAM, dan diskaun RM50 untuk model 3GB RAM. Dengan harga baru ini, Redmi Note 5 boleh kembali memberi saingan kepada ASUS Zenfone Max Pro M1.

XIAOMI Redmi Note 5 – Original by Xiaomi Malaysia

💾3GB RAM + 32GB ROM – R⃫M⃫7⃫4⃫9⃫. NOW RM699
💾4GB RAM + 64GB ROM -…

Posted by DirectD on Tuesday, August 7, 2018

Zenfone Max Pro M1 memiliki banyak persamaan dengan Redmi Note 5. Antara kelebihannya ialah bateri lebih besar, antaramuka Android Asli dan juga harga yang lebih murah. Untuk versi 3GB RAM dan 32GB storan, harga Zenfone Max Pro M1 ialah RM699 manakala versi 4GB RAM dan 64GB storan ialah RM849.

Redmi Note 5 adalah telefon pintar yang menjalankan antaramuka MIUI 9. Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 636, bersama RAM antara 3GB dan 4GB, serta storan dalaman 32GB atau 64GB.

Skrinnya berukuran 5.99-inci dengan resolusi HD Penuh+, dengan bateri pula sebesar 4,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Untuk kamera belakang, ia memiliki lensa berkembar 12MP+5MP dengan autofokus dwi-piksel yang sangat pantas. Kamera depan pula 13MP F2.2.

Kini dengan harga yang sama, memilih antara Redmi Note 5 dan Zenfone Max Pro M1 menjadi lebih sukar. Jika mahu membeli, pastikan apa yang paling anda perlukan dulu. Bateri besar ke, skrin besar ke, Android asli atau MIUI ke. Baru senang nak pilih dan beli.

BACA  Malaysia perbaiki kedudukan kadar mampu milik internet dunia

[Sumber: DirectD]