Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Diskaun tiket penerbangan dan naiktaraf Kelas Perniagaan eksklusif untuk Maxis dan Hotlink

Malaysia Airlines dengan kerjasama Maxis akan mengadakan promosi Travelicious Deals  yang menawarkan tiket penerbangan pada harga istimewa. Khusus untuk pengguna Maxis dan Hotlink, anda boleh mendapatkan diskaun tambahan sehingga 10% dari harga yang ditawarkan.

Diskaun sehingga 10% untuk pengguna Maxis dan Hotlink ini adalah untuk perjalanan dari 19 Ogos 2018 hingga 30 Jun 2019. Tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh jualan eksklusif selama 2 hari, pada 12 dan 13 Ogos 2018 sahaja.

Pengguna Maxis dan Hotlink perlu mendapatkan kod promosi terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. Mudah sahaja caranya.

  1. Muat turun aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, MyMaxis Biz atau Hotlink Postpaid Flex dari Google Play Store atau Apple App Store
  2. Klik pada Deals dan pilih “Malaysia Airlines Travelicious Deals
  3. Dapatkan kod promosi dan klik pada pautan di bahagian bawah halaman Deals untuk membuat tempahan penerbangan

Ingat, dapatkan kod promosi terlebih dahulu dan tempahan mesti dibuat pada 12 atau 13 Ogos sahaja.

Selain diskaun 10% tadi, terdapat satu lagi tawaran istimewa untuk pengguna Maxis dan Hotlink di mana mereka berpeluang memenangi naiktaraf percuma dari Kelas Ekonomi ke Kelas Perniagaan, untuk destinasi terpilih.

Pelanggan Maxis dan Hotlink yang menempah tiket Kelas Ekonomi ke Tokyo (NRT), Seoul (ICN) atau Sydney (SYD) sepanjang tempoh kempen 2 hari pada 12 & 13 Ogos 2018, secara automatik layak untuk memenangi naik taraf percuma ke Kelas Perniagaan. Tetapi ia untuk perjalanan dari 15 September hingga 15 November 2018 sahaja.

Maklumat lanjut tentang semua tawaran di atas boleh disemak di laman promosi Malaysia Airlines Travelicious Deals .

Jangan lupa, pengguna Maxis boleh menikmati perayauan antarabangsa Maxis OneWorld dari RM38 sehari. Khas untuk 9 negara ASEAN, ia memberikan panggilan dan SMS tanpa had, bersama 500MB data tambahan dan akan menggunakan kuota data pelan MaxisOne selepas habis 500MB digunakan. 9 negara ASEAN tersebut ialah Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, Brunei, Filipina, Kemboja, Laos dan Vietnam.

BACA  Samsung umum Galaxy M51, mungkin telefon dengan bateri terbesar sepanjang tahun 2020

Maxis dan Hotlink juga ada tawaran lain untuk penggunanya, seperti makanan, hiburan, kecantikan, beli-belah dan pelancongan. Semak tawaran tersebut di dalam aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, MyMaxis Biz atau Hotlink Postpaid Flex, di ruangan Deals.