• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Servis “Grab” Untuk Barang, Lalamove, Dilancarkan Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:22 pm
  • 09/08/2018
  • Komen
Servis “Grab” Untuk Barang, Lalamove, Dilancarkan Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Lalamove adalah penyedia perkhidmatan logistik on-demand yang telah beroprasi di 8 bandaraya di Asia. Pada hari ini, ini melebarkan sayap secara rasmi di Kuala Lumpur untuk bandaraya ke-9.

Sepanjang tempoh percubaan yang berlangsung hampir tiga bulan yang lalu, mereka kini memproses 300 pesanan sehari daripada lebih 200 perusahaan kecil dan sederhana. Kesemuanya dimungkinkan dengan bantuan lebih 1,800 rakan logistik berdaftar di seluruh Lembah Klang.



Menggunakan Lalamove amatlah mudah. Mereka mempunyai APP Android dan iOS untuk dimuat turun. Tiada caj pendaftaran dikenakan dan kod promo “GOODNEWS” boleh digunakan untuk menerima potongan RM10 semasa penghantaran kali pertama.

UI APP Lalamove semasa memilih lokasi ambil dan hantar



Secara ringkasnya, Lalamove adalah “Grab” untuk barang. Menggunakan APP-nya, anda pilih lokasi memungut dan lokasi menghantar.

Caj-caj yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • 5km pertama – RM5
  • 1km seterusnya – RM1
  • Penghantaran antara 9:00PM hingga 12:00AM – surcaj RM2
  • Penghantaran antara 12.01AM hingga 6:00AM – surcaj RM5
  • Beli bagi pihak pelanggan – RM4
  • Trip pergi balik – RM4
  • Penghantaran pintu ke pintu – RM5

Keutamaan boleh diberikan pada driver kegemaran, sesuatu yang tiada pada servis lain

Pihak Lalamove turut berkongsi beberapa statistik sepanjang percubaan mereka di Kuala Lumpur. Antaranya adalah:

  • Penghantaran mengambil masa purata 36 minit untuk jarak 5km kebawah
  • Purata 50 minit diambil untuk penghantaran berjarak sekitar 10km

Perusahaan makanan adalah pelanggan utama Lalamove kerana ia meringankan beban mereka daripada segi menguruskan flit kenderaan penghantar. Contohnya, Salad Atelier adalah salah seorang klien yang berpuas hati dengan perkhidmatan Lalamove. Sejak menggunakan servis itu, hampir kesemua tempahan salad mereka berjaya dipenuhi berbanding apabila menggunakan servis penghantaran secara in-house.

Selain perkhidmatan untuk individu, mereka turut ada perkhidmatan untuk syarikat

Tapi, serivs Lalamove tidak terhad kepada makanan. Mereka boleh menghantar apa saja barangan seperti dokumen, barang tempahan pelanggan dan sebagainya.

Jika anda ingin menjadi salah seorang rakan logistik Lalamove, anda boleh mendaftarkan diri secara percuma menggunakan pautan ini. Sebagai rakan logsitik Lalamove, anda menerima 80% bahagian daripada jumlah penghantaran manakala bakinya diambil oleh Lalamove.

Setakat ini, servis Lalamove hanya boleh didapati di Lembah Klang saja dan mereka dijangka akan meluaskan cakupan servis selewat-lewatnya 12 bulan daripada sekarang.

Layari laman rasmi Lalamove untuk maklumat lanjut.

Tags: lalamovelogisticlogistikpenyelesaianservis penghataran
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Servis “Grab” Untuk Barang, Lalamove, Dilancarkan Di Malaysia

Servis “Grab” Untuk Barang, Lalamove, Dilancarkan Di Malaysia

9 August 2018
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN