Maxis Zerolution360 cara mudah miliki telefon pintar dengan perlindungan menyeluruh

Program Maxis Zerolution adalah satu program pemilikan telefon pintar yang mudah kerana pengguna tidak perlu membayar wang pendahuluan, tanpa terikat kad kredit dan tiada kadar faedah dikenakan. Hanya bayar ansuran bulanan selama 24 bulan. Dengan sedikit bayaran tambahan, peranti pengguna akan dilindungi dari kerosakan, kecurian malah boleh bertukar ke telefon baru selepas 12 bulan tanpa caj.

Hari ini Maxis mengumumkan naik taraf kepada program ini yang dinamakan, Maxis Zerolution360. Ia menawarkan komitmen bulanan yang lebih rendah dari Zerolution, tetapi dengan lebih perlindungan.

Program asas Zerolution360 masih menawarkan 0 wang pendahuluan, 0 kad kredit dan 0 kadar faedah, hanya bayar ansuran bulanan. Di samping itu peranti pengguna dilindungi seperti gantian peranti bagi telefon yang dicuri atau rosak, perlindungan peranti penuh dan naik taraf peranti setiap tahun.

Dengan tambahan RM10 sebulan, pengguna Zerolution360 akan menerima pakej premium yang memberikan keutamaan khidmat pembaikan, masa pembaikan lebih pantas, telefon pinjaman sementara dan penggantian skrin percuma.

Untuk peranti yang sama, komitmen bulanan Zerolution360 sememangnya lebih rendah dari Zerolution. Malah, ansuran bulanan peranti adalah sama tidak kira pelan serendah MaxisOne 128 mahupun MaxisOne 188. Contohnya seperti untuk Huawei P20 Pro di bawah ini:

Huawei P20 Pro dengan Maxis Zerolution

Huawei P20 Pro dengan Maxis Zerolution360

Mengapa komitmen Zerolution360 lebih rendah dari Zerolution?

Ini kerana Zerolution sebelum ini adalah program pemilikan peranti secara ansuran, dan pengguna membayar harga penuh peranti selama 24 bulan.

Manakala Zerolution360 adalah program pemajakan atau leasing, di mana pengguna menyewa peranti dari Maxis. Selepas tamat tempoh 24 bulan, pengguna boleh meneruskan program Zerolution360 dengan bertukar ke telefon pintar baru, atau membayar sedikit wang untuk menyimpan terus telefon pintar yang telah digunakan selama 2 tahun itu.

Sebab itu Zerolution360 boleh menyediakan komitmen bulanan lebih rendah, kerana pengguna sebenarnya tidak memiliki peranti tersebut. Kena bayar tambahan kalau nak simpan terus peranti.

Menurut Maxis, cara ini memudahkan mereka yang sering bertukar telefon terutama dari kelas flagship pada setiap 2 tahun. Buat awal ini, telefon pintar yang disenaraikan untuk Zerolution360 adalah Huawei P20, P20 Pro, Galaxy S9, S9+ dan akan datang ialah Note9. iPhone masih belum termasuk tetapi ia mungkin akan boleh dilanggan di masa akan datang.

Samsung Galaxy Note9 akan ditawarkan di Maxis tidak lama lagi. Maxis menyatakan, mereka akan mengadakan promosi masa terhad untuk Galaxy Note9, menawarkannya bersama Zerolution360 serendah RM99 sebulan. Kena tunggu pengumuman lanjut Maxis tidak lama lagi.

Program Maxis Zerolution360 kini boleh didaftar dengan melawat mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Ekslusif Maxis di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Maxis Zerolution360, layari laman web www.maxis.com.my/en/personal/devices/ownership.html.