PDRM Beri Amaran Tentang Panggilan Telefon Berunsur Penipuan

PDRM dalam laman rasmi Facebook mereka telah mengingatkan orang kramai tentang gejala penipuan melalui panggilan telefon yang kian menular kebalakangan ini.

WASPADA TAKTIK SCAMMER

Mangsa telah menerima panggilan daripada Mahkamah Negeri Sembilan berkenaan dengan tunggakan…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, 11 August 2018


Salah satu kes yang direkodkan adalah melibat seseorang yang menerima panggilan kononya daripada Mahkamah Negeri Sembilan berkaitan tunggakan pinjaman RHB Bank. Mangsa kemudiannya disambungkan pula ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan diminta bercakap dengan anggota polis berkenaan aktiviti penjualan dadah.

Mangsa kemudian dipaksa berkongsi maklumat seperti username, password, dan nombor TAC untuk tujuan “pengesahan”. Sudahnya, wang RM9,500 didapati dipindah keluar daripada akaun mangsa tanpa persetujuannya.

Penipuan ini nampak mudah untuk dielakkan tapi penipu pastinya lebih bijak dengan menyasarkan golongan yang lebih senior yang kurang pengetahuannya tentang bagaimana untuk mendepani penipuan seperti ini.

Kita sebagai pengguna yang tahu perlu saling mengingati agar skim kotor ini tidak berterusan.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk elak ditipu?

1. Lakukan urusan rasmi di pejabat pihak yang terlibat dan bukannya melalui panggilan telefon. Adalah tidak logik kes berat seperti pengedaran dadah hanya dikendalikan melalui panggilan telefon. Tambahan pula, jika berurusan secara berdepan, maklumat seperti pegawai yang terlibat boleh diambil untuk tujuan follow-up kelak.

2. Jangan dedahkan maklumat penting melalui telefon. Password dan username adalah hak peribadi dan pihak perkhidmatan ataupun pihak bank tidak akan sesekali memintanya daripada anda kerana ia menyalahi undang-undang. Jika pemanggil terus mendesak, mohon untuk putuskan panggilan dan anda hubungi sendiri talian rasmi pihak tersebut untuk maklumat lanjut.

BACA  Telefon Midrange Terhebat OPPO Akan Tiba Di Malaysia

3. Berani katakan tidak. Jika anda menerima panggilan yang berupa ugutan untuk melakukan perkara tertentu tanpa kerelaan, anda boleh memutuskan panggilan pada bila-bila masa dan terus melaporkan kepada pihak polis.