Garmin fenix 5 Plus, jam pintar sukan pelbagai dengan pengesan Sp02

Jika anda penggemar aktiviti kecergasan lasak seperti mendaki bukit dan berenang, serta mahu lebih banyak maklumat badan anda ketika beraktiviti, jam pintar seperti Apple Watch mahupun Android Watch tidak mencukupi. Anda memerlukan jam pintar seperti Garmin fenix 5 Plus untuk memenuhi keperluan itu.

Garmin hari ini melancarkan jam pintar fenix siri 5 Plus yang baru. Ia menampilkan 3 model untuk keperluan berbeza iaitu fenix 5s Plus, fenix 5 Plus dan fenix 5X Plus.

Selain ciri-ciri asas jam pintar seperti paparan notifikasi dan pengesan degupan jantung, jam pintar dari siri fenix 5 Plus ini memiliki fungsi lebih maju seperti GPS terbina di dalam (termasuk GLONASS dan Galileo), sensor Altimeter dan Barometer, kompas 3 paksi, serta boleh memuatkan peta untuk perjalanan tanpa internet.

Garmin kami ini melengkapkan semua fenix 5 Plus dengan storan dalaman 16GB, membolehkannya menyimpan sehingga 500 lagu untuk dimainkan tanpa sambungan ke telefon pintar. Malah, ia juga boleh bertukar-tukar muka jam mengikut kegemaran pengguna menggunakan aplikasi Connect IQ.

Kekuatan utama jam pintar Garmin siri fenix 5 Plus adalah tahap kalis air sehingga 100 meter dalam serta daya tahan bateri sehingga 18 hari. Berikut adalah jadual daya tahan bateri mengikut jenis jam:

Modfenix 5s Plusfenix 5 Plusfenix 5x Plus
Jam Pintarsehingga 6 harisehingga 10 harisehingga 18 hari
GPSsehingga 10 jamsehingga 18 jamsehingga 30 jam
GPS + Muziksehingga 4 jamsehingga 7 jamsehingga 11 jam
UltraTracsehingga 22 jamsehingga 38 jamsejingga 64 jam

Buat pertama kalinya dalam jam pintar Garmin, teknologi pengesan Pulse Oximiter atau Sp02 terdapat di jam pintar Garmin fenix 5X Plus. Ia amat berguna untuk mereka yang gemar aktiviti beraltitud tinggi yang memerlukan tahap Sp02 diperiksa sebelum mula naik atau turun dari altitud tinggi dengan tahap oksigen yang rendah.

BACA  SUV Pertama PROTON Sedia Ditempah Bermula 8 September 2018

Garmin mereka siri fenix 5 Plus dengan materi premium dalam saiz badan berbeza tetapi semuanya memiliki skrin berwarna yang sama saiznya, 1.2-inci dengan resolusi 240×240. Fenix 5s Plus memiliki badan paling kecil berukuran 42mm, manakala fenix 5 plus pula memiliki badan bersaiz 47mm. fenix 5X Plus memiliki badan paling besar, berukuran 51mm.

Band atau tali jam bagi semua siri fenix 5 Plus direka agar mudah ditukar. Dengan mendapatkan tali jam dengan saiz bersesuaian, pengguna boleh menukarnya dari jenis getah silikon, kulit atau besi titanium.

Orang ramai boleh mendapatkan jam pintar Garmin siri fenix 5 Plus dari ibupejabat Garming Malaysia di Taman Maluri, atau menerusi stor konsep Garmin di seluruh Malaysia seperti di Mid Valley Megamall, Digital Mall Petaling Jaya, 1 Utama Shopping Centre, Taman Lagenda Melaka, Juru Autocity Pulau Pinang, Bukit Indah Johor, Paradigm Mall Johor, East Coast Mall Kuantan, dan Vivacity Megamall Kuching.

Harga jualan Garmin siri fenix 5 Plus adalah seperti berikut:

  • fenix 5s Plus – RM3,450
  • fenix 5 Plus, Band Silikon – RM3,599
  • fenix 5 Plus, Band Titanium (+ Silikon) – RM4,699
  • fenix 5x Plus, Band Silikon – RM3,699
  • fenix 5x Plus, Band Titanium (+ Silikon) – RM4,899

Untuk maklumat lanjut tentang jam pintar Garmin fenix 5 Plus yang baru ini, layari laman web www.garmin.com.my.