Televisyen OLED Sony A9F Serikan Ruang Tamu Dengan Paparan 4K HDR

Pada tahun lepas, Sony melancarkan TV model A1 yang dilengkapi panel OLED 4K HDR. Tahun ini, mereka perkenalkan pula A9F yang turut mewarisi ciri-ciri terbaik A1 disamping membawkaan penambahbaikan baru padanya.

Perkara yang paling ketara pada TV ini adalah penggunaan panel OLED yang menjanjikan penghasilkan gambar yang tiada bandingannya. Oleh sebab teknologi OLED memboelhkan setiap pikselnya memiliki pencahayaan tersendiri, bahagian yang sepatutnya hitam, LED-nya akan terpadam untuk memaparkan hitam yang sebenar.

Disebalik panel yang cantik itu, anda akan menemui CPU yang menguasakannya. Picture Prcessor X1 Ultimate memproses jutaan data imej sebelum mamaparkan pada TV. Disebalik tabir, pelbagai teknolgi digunakan untuk memperbaik gambar seperti:

  • Object-based Super Resolusion
  • Object-based HDR remaster
  • Super Bit Mapping 4K HDR
  • Dual Database processing

Kamudian, anda akan dapati yang kualiti bunyinya setanding dengan jika anda miliki sistem Hi-Fi yang mahal. Ini dimungkinkan dengan penggunaan teknologi Acoustic Surface Audio+. Teknologi ini memanfaatkan setiap inci permukaan TV untuk menjadi sebuah speaker gergasi. Maka, semasa menonton, anda dapat rasakan gegaran pada TV dan bunyinya terus datang ke anda daripada depan TV itu sendiri.

Sebagai flagship dalam barisan TV OLED, sudah pasti hanya yang terbaik diberikan padanya. A9F turut dilengkapi sistem operasi Android TV 8.0 Oreo. Maka, anda boleh menikmati segala manfaat Android yang ada peroleh di telefon di ruang tamu anda.

Anda boleh strim kandungan multimedia daripada Internet seperti Netflix, Youtube, iFlix, dan sebagainya.

Sony A9F Master Series dijual dalam dua saiz iaitu 65″ dan 55″ pada harga seperti berikut:

  • KD-65A9F – RM21,999
  • KD-55A9F – RM14,999

Tempahan awal sudahpuyn dibuka bermula 14 Ogoso 2018 hingga 14 September 2018 dan setiap tempahan awal akan menerima sebuah speaker unik daripada Sony iaitu LSPX-S1 yang bernilai RM3,199

BACA  Salah hantar mesej di Facebook Messenger? Padam je

Sekiranya anda berada berhampiran MidValley Megamall, anda boleh singgah ke jerayawara Sony yang sedang berlangsung dan boleh melihat sendiri TV yang dilancarkan ini.

Selain TV, anda turut boleh menjumpai produk-produk Sony yang lain seperti kamera dan audio.