TM tidak akan keluarkan lagi bil bercetak bermula September

Pelanggan TM tidak akan lagi mempunyai pilihan untuk menerima bil bercetak di kertas, bermula 10 September 2018. Perkara ini dimaklumkan TM untuk meneruskan pelaksanaan bil elektronik tanpa kertas (e-Bil) kepada semua pelanggan Jalur Lebar dan telefon yang masih belum memilih untuk menerima bil secara elektronik.

Ia juga sejajar dengan langkah mesra alam yang menjadi trend industri menuju ke arah masa depan yang lebih hijau. Masih terdapat 1.65 juta bil dicetak dan dihantar setiap bulan kepada pelanggan jalur lebar dan telefon TM yang masih belum memilih pilihan bil secara elektronik di seluruh negara. Lebih 50% pelanggan TM masih belum lagi mendaftar e-Bil.

That’s right, now it’s even easier for you to check your bills with e-bill (and be a little eco friendly too) 🙌…

Posted by unifi on Monday, 13 August 2018

Menerusi e-Bil, pelanggan TM mempunyai pilihan untuk menerima bil mereka dalam versi PDF menerusi emel dan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Tetapi sebelum itu, mereka perlu mengemaskini terlebih dahulu alamat emel dan nombor telefon untuk menerima e-Bil menerusi saluran rasmi seperti di bawah:

  1. Portal unifi di www.unifi.com.my/e-bill
  2. Aplikasi [email protected]
  3. Laman Facebook weareunifi
  4. Twitter @helpmeunifi

TM tidak menyediakan sebarang pilihan untuk menerima bil bercetak selepas 10 September 2018. Jika mahu, pengguna harus memuat turun e-Bil dalam PDF kemudian mencetaknya sendiri.

Cara terbaik untuk menyemak bil TM anda adalah menggunakan aplikasi [email protected] di mana pengguna boleh menyemak bil secara terperinci, sejarah bil dan pembayaran bil, maklumat servis yang dilanggan dan lain-lain. Boleh semak penggunaannya dengan teliti dalam artikel kami di sini.

BACA  Apple Malaysia turunkan harga iPhone 7 dan iPhone 8

Jangan lupa daftar alamat emel atau nombor telefon anda untuk mula menerima e-Bil dari TM sebelum 10 September 2018. Jangan tunggu perkhidmatan digantung baru menggelabah nak cari bil untuk dibayar.

Share