• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS letak harga Zenfone 5z lebih murah dari Mi 8 untuk sehari

  • OLEH Najib
  • 4:05 pm
  • 21/08/2018
  • Komen
ASUS letak harga Zenfone 5z lebih murah dari Mi 8 untuk sehari
Share on FacebookShare on Twitter

Perang telefon pintar kelas flagship paling murah nampaknya berterusan. Minggu lepas Xiaomi mengumumkan Mi 8 dengan kuasa Snapdragon 845 berharga hanya RM1,599 untuk storan 64GB dan RM1,899 bagi storan 128GB.

Mi 8 dilihat bersaing secara terus dengan ASUS Zenfone 5z yang diumumkan lebih awal, juga dengan Snapdragon 845 tetapi pilihan storan bermula dari 128GB dengan harga dari RM1,899. Tetapi ASUS dilihat mahu merampas kembali takhta peranti berkuasa Snapdragon 845 termurah.



[TUESDAY FLASH SALE!] Purchase ZenFone 5z 6GB + 128GB for RM1,799 only on Lazada! Tuesday 21 Aug – Be quick! Limited…

Posted by ASUS on Monday, 20 August 2018

Tidak, ASUS masih tidak boleh menjual lebih murah dari RM1,599 tetapi ASUS boleh menjual Zenfone 5z 128GB dengan harga lebih rendah. ASUS kini dilihat sinonim dengan jualan kilat hari Selasa, di mana pada hari ini sahaja, 21 Ogos 2018 ASUS memberi diskaun RM100 untuk Zenfone 5z 128GB, menjadi RM1,799 sahaja.

Selain berkuasa Snapdragon 845 dan storan dalaman UFS2.1 sebesar 128GB, Zenfone 5z memiliki RAM LPDDR4X sebanyak 6GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan sehingga 2TB. Bateri di dalamnya sebesar 3,300mAh dan menyokong pengecasan pantas PD3.0 sehingga 18W.



Skrinnya berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD Penuh, dalam nisbah 19:9 yang memenuhi 90% badan. Kamera utamanya dilengkapi dwi-lensa, lensa pertama 12MP F1.8 manakala lensa kedua 8MP F2.2 bersudut lebar yang bertindak ibarat 2x zum optikal. Kamera hadapan pula 8MP F2.0.

Satu kelebihan besar yang terdapat pada ASUS Zenfone 5z berbanding Mi 8, adalah port audio 3.5mm yang tiada di Mi 8. Selain itu, Mi 8 juga tiada slot kad mikroSD menjadikan Zenfone 5z dilihat lebih baik.

Jangan terlepas untuk mendapatkan ASUS Zenfone 5z 128GB dengan diskaun RM100 dalam jualan kilat hari ini sahaja. Ia boleh dibeli di Stor ASUS di Lazada Mall.

Tapi kami dapat rasakan, ASUS mungkin meneruskan jualan kilat ini pada setiap hari Selasa, seperti yang dibuat untuk Zenfone Max Pro M1. Kita tengok macam mana minggu depan.

Tags: asusasus malaysiaASUS ZenFone 5zZenFone 5zzenfone 5z malaysia
Najib

Najib

POPULAR

ASUS letak harga Zenfone 5z lebih murah dari Mi 8 untuk sehari

ASUS letak harga Zenfone 5z lebih murah dari Mi 8 untuk sehari

21 August 2018
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN