GPU RTX 20 Terbaru NVIDIA Suntik Puluhan Petala Langit Pada Gaming Desktop Anda

NVIDIA baru saja melancarkan produk GPU terbaru mereka yang dikenali sebagai RTX 20 untuk menggantikan siri GTX 10 yang diperkenalkan tahun lalu. Jika GTX10 membawakan seni bina Pascal yang lebih efisien penggunaan tenaganya berbanding Maxwell, RTX20 membawakan seni bina Turing yang membawakan keupayaan memproses grafik berlipat kali ganda daripada Pascal.

Kesemua ini dimungkinkan dengan sejumlah penambahbaikkan yang disuntik pada RTX 20.

 

Paling ketara adalah proses senibina yang semakin kecil. Berbanding TSMC 16nm yang digunakan sebelum ini, RTX 20 menggunakan acuan 12nm. Maka, lebih banyak transistor boleh dipadatkan pada sekeping cip.

Ia menjelaskan peningkatan mendadak bilangan transistor dalam RTX 2080 Ti yang berjumlah 18.6B berbanding 7.2B pada GTX 1080.

Spesifikasi Asas 3 Kad RTX 20

RTX 2080 TiRTX 2080RTX 2070GTX 1080
Teras CUDA4352294423042560
Kelajuan Teras1350MHz1515MHz1410MHz1607MHz
Kelajuan Teras (OC)1545MHz1710MHz1620MHz1733MHz
Kelajuan Memori14Gbps
GDDR6
14Gbps
GDDR6
14Gbps
GDDR6
10Gbps
GDDR5X
Lebar Bus Memori352-bit256-bit256-bit256-bit
VRAM11GB8GB8GB8GB
FLOP13.4 TFLOPs10.1 TFLOPs7.5 TFLOPs8.9 TFLOPs
Keupayaan Ray Tracer10 GRays/s8 GRays/s6 GRays/sN/A
TDP250W215W175W180W
Bilangan Transistor18.6B??7.2B
Seni BinaTuringTuringTuringPascal
AcuanTSMC 12nm "FFN"TSMC 12nm "FFN"TSMC 12nm "FFN"TSMC 16nm

Sumber: AnandTech

Bilangan transistor sebegitu banyak diterjemahkan kepada proses pengkomputeran yang mamu dilakukan. RTX 2080 Ti mampu bekerja setinggi 13.4 TFLOP. Untuk perbandingan, PS4 Pro dan Xbox One X masing-masing miliki 4.12 TFLOP dan 6 TFLOPS.

Dengan kuasa pengkomputeran yang amat tinggi ini, NVIDIA memanfaatkan setiap TFLOPS sebaiknya.

BACA  Tambah nilai prabayar dikecualikan dari SST bermula 6 September

Salah satu perubahan besar dalam GPU Nvidia yang diperkenalkan adalah pengenalan teras baru yang dipanggil RT Core.

RT Core mempunyai hanya satu kerja, mengambil alih beban pemerosesan ray tracing. Ray tracing adalah teknik yang digunakan sejak sekian lama untuk mensimulasikan bagaimana gerak balas cahaya terhadap objek dalam persekitaran 3D seperti bebayang dan pantulan.

Menurut NVIDIA, kehadiran RT Core meningkatkan keupayaan ray tracing pada RTX 20 sebanyak 25 kali ganda berbanding ray tracing pada seni bina Pascal.

Untuk gamers, jika anda rasakan GTX 1080 sudah cukup bagus, anda boleh bayangkan bagaimana rupa grafik dengan kehadiran RT Core.

Cip memori GDDR6 yang digunakan pada RTX 20 dihasilkan oleh gabungan pengeluar memori terbesar dunia iaitu Samsung SK Hynix, dan Micron. GDDR6 dibangunkan untuk menggantukan GDDR5X dan GDDR5 yang telah digunakan sejak 2014.

Perkara yang terakhir dimumkan pada RTX 20 adalah sokongan VR dalam bentuk VirtualLink. Secara asasnya, gogel VR kini hanya bersambunga pada komputer menggunakan satu kabel USB-C dan memanfaatkan kuasa GPU RTX 20 dengan cekap dan kemas.

Kesemua manfaat ini tidak hadir dengan tanda harga yang rendah. Berikut adalah harga-harga RRP untuk RTX 20 di A.S

  • RTX 2080 Ti – USD 999 (RM4,094)
  • RTX 2080 – USD 699 (RM 2,864)
  • RTX 2070 – USD 499 (RM2,045)

Dua varian teratas akan mula dijual 20 September 2018 ini manakala RTX 2070 akan mula dijual sekitar Oktober 2018.