DJI Mavic 2 Beri Kuasa Videografi Hollywood Dihujung Jari

Dalam masa dua tahun selepas melancarkan Mavic Pro, pasukan jurutera DJI kembali ke bengkel penyelidikan untuk membangunkan Mavic generasi seterusnya. Hasilnya, DJI hadir dengan bukan satu, tapi dua dron Mavic yang paling tangkas dan canggih pernah dihasilkan. Mereka ialah:

  • Mavic 2 Pro
  • Mavic 2 Zoom

 

Berbanding Mavic Pro, ia menerima penambahbaikkan signifikan daripada segenap pelosok, daripada kamera hinggalah ke keseluruhan pesawatnya.

Secara kasar, tiga bahagian diberikan fokus pada penambahbaikkan itu.

Kamera

Yang paling ketara, mereka memberikan kamera paling canggih yang boleh dimasukkan pada dron komersial. Untuk menjayakannya, DJI bekerjasama dengan Hassleblad.

Mavic 2 Pro mempunyai sensor CMOS sebesar 1″ dengan bilangan piksel setinggi 20MP. Lensanya memiliki bukaan apertur tak malar antara F2.8 hingga F11 bergantung pada pencahayaan keliling.

Bagi membolehkan pengguna biasa mendapat akses kepada peralatan penggambaran bergred Hollywood, ia merekod video dalam bentuk [email protected] Rakaman boleh dilakukan secara Dlog-M dan juga HDR berforma HLG 10-bit.

Varian Zoom pula cemerlang daripada segi pengezuman apabila diberikan optikal boleh zum antara 24mm-84mm dengan apertur antara F2.8 hingga F3.8.

DJI GO APP 4 turut menerima beberapa perkara baru selari dengan keupayaan Mavic 2. Paling menarik adalah kehadiran Dolly Shot dan Hyperlapse menyertai sejumlah tetapan QuickShot yang sedia ada pada dron sebelum ini.

Maka, anda beroleh keupayaan videografi professional dihujung jari.

Mavic 2Mavic Pro Platinum
KameraMavic 2 Pro
Sensor 1" CMOS
28mm F2.8
20MP
Video [email protected],[email protected],[email protected]
Dlog-M, HDR HLG 10-bit
Memori terbina 8GB

Mavic 2 Zoom
Sensor 1/2.3" CMOS
24mm-48mm F2.8-F3.8
12MP
Video [email protected],[email protected],[email protected]
Memori terbina 8GB
Sensor 1/2.3" CMOS
24mm
12MP
Video [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
Gimbal Kamera3 paksi
Tilt: -90°-30°
Pan: -75°-75°
3 paksi
Tilt: -90°-30°
Roll: 0°-90°
BACA  Promosi Tablet Samsung Berlangsung Dengan Potongan Sehingga RM200

Pesawat

Daripada rupa paras, Mavic 2 nampak seakan serupa seperti Mavic 1. Tapi anda jangan terkejut dengan apa yang berubah padanya. Ia adalah dron yang paling senyap pernah dibina mereka. Ia dimungkin dengan cara mengubah suapan tenaga kepada motor kipas daripada arus berdenyut kepada arus sine yang menyebabkan perubahan tenaga kinetik secara berkala berlaku berbanding secara sentapan kepada motor.

Kemudian, waktu penerbangan Mavic 2 Pro sedikit lebih panjang berbanding sebelumnya. Selain daripada penggunaan tenaga yang lebih cekap, ia mungkin disunmabng oleh kehadiran bateri yang sedikit besar iaitu 3,850mAh berbanding 3,830mAh.

Komunkasi antara pesawat dengan alat kawalan turut ditambah baik. Mavic 2 adalah dron pertama yang dilengkapi dengan OcuSync 2, protokol perhubungan proprietari DJI. Menggunakannya, jarak operasi daripada alat kawalan diperluas sehingga 8km.

Mavic 2Mavic Pro Platinum
Tempoh Operasi31 min30 min
Suhu Operasi-10° C hingga 40° C0° C hingga 40° C
Kelajuan Daki5 m/s5 m/s
Kelajuan Turun3 m/s3m/s
Live ViewOcuSync 2
Latency pada 160-170ms
OcuSync 1
Latency pada 120-130 ms
Bateri3,850mAh3,830mAh

Keselamatan

Bahagian keselamatan turut tidak dilupakan oleh DJI. Menyedari dron ini pastinya menjadi rebutan bukan sahaja pengguna prosumer tetapi amatur, DJI Mavic 2 kini dilengkapi sistem keselamatan yang lebih sarat berbanding sebelumnya. Sistem pengesanan halangan kini meliputi segenap pelosok pesawat berbanding hanya depan dan pada Mavic 1.

Di bahagian bawah turut ada lampu LED yang terang. Ia digunakan untuk menerangi permukaan apabila mendarat dalam keadaan malap.

Mavic 2Mavic Pro Platinum
SensorSensor Depan
Sensor Bawah
Sensor Atas
Sensor Belakang
Sensor Sisi
Sensor Depan
Sensor Bawah

Kesediaadaan

Anda tidak perlu menunggu lama untuk memiliki DJI Mavic 2 kerana ia sudah mula dijual sejurus tamat pembentangannya. Harganya adalah seperti berikut:

  • Mavic 2 Pro – USD 1,449 (RM 5,954)
  • Mavic 2 Zoom – USD 1,249 (RM 5,132)
  • Mavic 2 Fly More Kit – USD 319 (RM 1,310)
BACA  Samsung lancar telefon pintar pertama dengan tiga lensa kamera belakang

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.