Nikon Z Sedia Gempur Kubu Mirrorless Sony A7

Setelah berkurun lamanya meninggalkan arena kamera mirrorless dengan Nikon J yang tak berapa nak jadi, Nikon kembali garang dengan siri Z yang amat garang di atas kertas.

Nikon melancarkan dua kamera dalam siri terbaru mereka yang dipanggil Z iaitu:

  • Nikon Z 7
  • Nikon Z 6

Merujuk pada spesifikasi, Nikon Z boleh diletakkan sebaris dengan Sony A7 Mark III dan A7R Mark III. Kedua-dua kamera Z hadir dengan sensor 35mm penuh dengan ukuran fokal flange yang terpendek dalam kelasnya iaitu 16mm.

Hal ini bermakna, ia secara teorinya boleh menggunakan adapter bersama apa-apa saja lens daripada sistem kamera yang miliki ukuran flange lebih panjang daripada 16mm.

Ukuran flange adalah jarak antara permukaan sensor dengan kaki lensa. Untuk rujukan, ukuran flange sistem-sistem kamera moden adalah seperti berikut:

  • Canon EF-M – 18mm
  • Fujifilm X – 17.7m
  • Micro Four Thirds – 19.25mm
  • Sony E – 18mm

Keunikan kedua adalah parameter kaki lekapan juga besar iaitu 55mm. Ia membolehkan kaca berdiameter lebih besar digunakan pada lensa Nikon Z dan seterusnya membenarkan lebih banyak cahaya jatuh ke sensor untuk direkodkan.

Kedua-dua Z 6 dan Z 7 menggunakan sensor pengimejan terbaru daripada Nikon dengan Z 7 memiliki kuantiti piksel terbesar iaitu 45.7MP manakala Z 6 ada 24.5MP.

Untuk sistem pemfokusan. Mereka menggunakan sistem hibrid dengan 493 titik fokus (273 pada Z 6) bertaburan diseluruh sendir. Ia adalah gabungan pengesanan fasa dan juga pengesanan kontras. Tidaklah diketahui sama ada ia mampu menandingi autofokus dual piksel yang ada pada kamera Sony.

Ini adalah perkara yang tidak pernah ada pada mana-mana kamera Nikon sebelum ini. Anda kini beroleh penderam gegaran terbina dalam badan kamera sendiri dan memberikan anda sehingga 5 kali penstabil imej.

BACA  RealMe 2 Pro pemecah harga peranti RAM 8GB di bawah RM1000

Menangkap gambar selanjar pada Z 7 boleh dilakukan sepantas 9 fps manakala 12 fps untuk Z6. Berikut adalah kemampuan videografi pada Z 7 dan Z 6:

Satu perkara yang mengecawakan pada kamera ini adalah pada paparannya. Sungguhpun memiliki paparan yang agak besar (3.2″) ia tidak boleh dikilas menghadap anda apabila mengambil gambar ala selfie. Ia dikilas 170 darjah sahaja.

Kedua-dua kamera ini akan mula dijual bermula 27 September 2018 pada harga seperti berikut:

  • Nikon Z 7 + 24-70mm F4 – USD 4,000 (RM 16,439)
  • Nikon Z 6 + 24-70mm F4 – USD 2,600 (RM 10,685)

[Sumber: Nikon]