Promosi Merdeka honor sedia jualan serendah RM1

honor Malaysia akan mengadakan kempen promosi istimewa bagi beberapa model telefon pintar mereka sempena hari kemerdekaan yang akan tiba. Kempen ini akan berjalan dari 25 Ogos hingga 16 September 2018.

Antara promosi yang disediakan dalam kempen ini adalah seperti potongan harga untuk honor 10 menjadi RM1,561 (harga asal RM1,599), serta hadiah percuma eksklusif untuk pembelian telefon pintar gaming honor Play (harga jualan RM1,249).

Senarai penuh promosi dalam kempen ini adalah seperti di bawah ini:

ProdukHarga AsalHarga PromosiHadiah di KedaiHadiah di laman hihonor
Honor View 10RM1,699RM1,661Honor Phone Case + Speaker + Baucar Mobile Legend Voucher (bernilai RM328)Band SS
Honor 10RM1,599RM1,561Honor Phone Case + Travel Kit bag + Baucar Photobook Voucher (bernilai RM227)Honor Phone Case + Travel Kit bag + Baucar Photobook Voucher (bernilai RM227)
Honor PlayRM1,249RM1,249Honor Phone Case + Pelindung Skrin + Foldable bag + Baucar PUBG Voucher (bernilai RM138)Honor Phone Case + Pelindung Skrin + Foldable bag + Baucar PUBG Voucher (bernilai RM138)
Honor 9 Lite +
Honor 7A (3+32GB)
RM1,228RM1,161Mini Fan X2 + Photobook Voucher X2 (bernilai RM236)Kotak Hadiah + Baucar Photobook + Baucar Hihonor RM30
Honor 7A (2+16GB)RM479RM461-Baucar Hihonor RM30
Honor 7S (2+16GB)RM379RM361--
Honor 9 LiteRM659RM599Mini Fan + Baucar Photobook Voucher (bernilai RM118)Kotak Hadiah + Baucar Photobook

Selain diskaun dan hadiah percuma, pembeli telefon pintar honor dalam tempoh kempen ini juga layak untuk menyertai cabutan bertuah istimewa. Hadiah utama yang disediakan berupa kad petrol bernilai RM5,000. 20 lagi hadiah saguhati turut disediakan iaitu baucar beli-belah AEON bernilai RM200 setiap satu.

BACA  honor 8X mula dijual hari ini dengan tawaran istimewa di Shopee

Lebih tinggi harga telefon pintar yang dibeli, lebih banyak tiket cabutan bertuah akan diterima. Untuk pembelian RM999 ke bawah, akan menerima 1 tiket cabutan bertuah. Pembelian di antara RM1,000 ke RM1,499 pula menerima 2 tiket, dan pembelian melebihi RM1,500 akan menerima 3 tiket.

Setiap pembelian mesti dibuat di dalam satu resit. Kemudian daftar akaun di laman web hihonor Malaysia dan sertakan maklumat yang diperlukan. Cabutan bertuah akan dibuat secara langsung menerusi Facebook honor Malaysia pada 21 September 2018.

Promosi terakhir adalah diskaun untuk aksesori serta tawaran pembelian RM1. Sepanjang kempen ini, honor memberi diskaun terhadap dua produk aksesori, iaitu fon kepala AM61 menjadi harga RM109 (harga asal RM159) dan penimbang berat badan honor berharga RM109 (harga asal RM149).

ProdukHarga AsalHarga PromosiTarikh Promosi
Fon Kepala AM61RM159RM10925 Ogos hingga 16 September
Penimbang Berat Badan HonorRM149RM10925 Ogos hingga 16 September
Honor 7A (2+16GB)RM479RM399Setiap Rabu: 29 Ogos, 5 Sept, 12 Sept
Honor 7S (2+16GB)RM379RM349Setiap Rabu: 29 Ogos, 5 Sept, 12 Sept
Honor 9 LiteRM659RM599Setiap Rabu: 29 Ogos, 5 Sept, 12 Sept
Kabel USB-C 1m honorRM19RM1Setiap Rabu: 29 Ogos, 5 Sept, 12 Sept
Adaptor USB-C honorRM28RM1Setiap Rabu: 29 Ogos, 5 Sept, 12 Sept

Khas pada setiap hari Rabu iaitu 29 Ogos, 5 September dan 12 September, akan diadakan jualan diskaun istimewa untuk beberapa produk dengan dua produk ditawarkan pada harga hanya RM1 iaitu kabel USB-C 1m dan adaptor USB-C. Beberapa telefon lain ditawarkan dengan diskaun tambahan pada setiap hari Rabu iaitu:

  • Honor 7A (2+16GB) – RM479 RM399
  • Honor 7S (2+16GB) – RM379 RM349
  • Honor 9 Lite – RM659 RM599
BACA  Sony Pecah Tradisi Apabila Benarkan Cross-Platform Pada Fortnite

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Merdeka honor ini serta mengenali telefon pintar honor, layari laman web hihonor Malaysia serta Facebook honor Malaysia.