S-Pen adalah kemaskini paling besar di Galaxy Note9

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh S Pen di Samsung Galaxy Note9]

Jika sebelum ini S Pen di Galaxy Note hanya digunakan untuk menulis, melukis dan melakar, kini Samsung mengubah S-Pen menjadi satu aksesori yang sangat penting dalam menggunakan telefon pintar. Ia bukan lagi digunakan di hujung mata pena sahaja, tetapi jauh lebih banyak dari itu.

Terima kasih dengan teknologi Bluetooth yang dipasang ke dalam S Pen, Samsung berjaya menjadikan S Pen kepada sebuah alat kawalan jauh yang sangat berguna. Mari kita semak apa yang boleh S Pen lakukan dengan Galaxy Note9.

1. Alat kawalan jauh kamera

Bagaimana anda mahu mengambil gambar OOTD yang mempamerkan baju, seluar, kasut dan beg yang anda pakai tanpa meminta bantuan orang lain? Dengan Galaxy Note9, anda boleh meletakkan telefon disatu tempat, atau menggunakan tripod. Kemudian bergerak sehingga 10 meter jauh dari Galaxy Note9 dan tekan butang di S Pen untuk mengambil gambar.

Mengambil gambar secara berkumpulan juga menjadi lebih mudah dengan menggunakan cara yang sama seperti di atas. Tidak perlu lagi memanjangkan tangan terlalu tinggi atau memaksa semua orang merapatkan diri untuk dimuatkan dalam satu gambar. Gunakan S Pen untuk mengambil gambar dari jarak jauh yang boleh memuatkan semua orang dalam apa jua situasi.

Aplikasi kamera juga boleh dilancarkan secara mudah dengan S Pen. Hanya tekan lama butang S Pen bila-bila masa dan aplikasi kamera akan dilancarkan. Butang ini juga boleh diubahsuai untuk melancarkan aplikasi lain jika anda mahu.

2. Bentang slaid PowerPoint tanpa memakan ruang di meja

Galaxy Note9 kini boleh menjadi sebuah komputer desktop semudah sambungan satu kabel sahaja. Tidak perlu mengeluarkan laptop dan meletakkannya di atas meja, menyambung plug kuasa dan menarik kabel monitor atau projektor ke laptop.

BACA  Peranti baru Samsung Galaxy, 4 kali lebih seronok?

Hanya cucuk kabel USB-C ke HDMI dan ia akan mengaktifkan mod Samsung DeX di Galaxy Note9. Lancarkan slaid Microsoft PowerPoint di dalam Galaxy Note9 dan anda boleh mengawal slaid ke depan dan ke belakang menggunakan butang di S Pen. Sejauh sehingga 10 meter kerana S Pen menggunakan teknologi Bluetooth.

3. Menyelak album gambar di skrin lebih besar

Penggunaan telefon pintar sebagai kamera pasti lebih banyak digunakan dari membuat panggilan masa kini. Apatah lagi dengan ruang storan sehingga 512GB di Galaxy Note9, tidak perlu risau mengambil gambar melampau banyaknya.

Kemudian kongsikan detik-detik istimewa mahupun yang biasa bersama rakan atau sanak saudara di skrin TV yang lebih besar. Kemudian kawal gambar yang dipamerkan di galeri album dari jarak jauh dengan S Pen. Satu klik untuk ke gambar seterusnya, dan dua klik untuk kembali ke gambar sebelumnya.

4. Pause dan play video serta YouTube

Jika menonton video atau YouTube di Galaxy Note9, kawalan Pause dan Play boleh dilakukan tanpa menyentuh skrin. Tekan sahaja butang di S Pen untuk menghentikan video dan tekan sekali lagi untuk menyambung tayangan. Untuk pergi ke video seterusnya juga boleh dilakukan dengan S Pen, hanya tekan butang dua kali dan ia akan menayangkan video berikutnya.

5. Aksesori paling berguna merakam suara

Cara terbaik merakam suara adalah dengan meletakkan peranti hampir dengan orang yang ingin dirakam suaranya. Galaxy Note9 dilengkapi dengan aplikasi perakam suara dan ia boleh membuat rakaman suara dengan baik.

Cuma jika anda berada jauh dari peranti seperti di hujung bilik mesyuarat, agak sukar untuk mengawal rakaman suara seperti berhenti atau menyambung semula rakaman. Tetapi ia bukan halangan dengan Galaxy NOte9, hanya gunakan S Pen dan tekan butang untuk menghentikan dan menyambung rakaman suara. S Pen di Galaxy Note9 ini sangat bergunakan?

BACA  Tempahan awal Galaxy Note9 512GB Blue Ocean datang dengan vakum percuma

S Pen di Galaxy Note9 masih boleh melakukan semua perkara seperti di Galaxy Note sebelum ini, tetapi kali ini diperkasa dengan teknologi Bluetooth. Tidak perlu risau tentang bateri kerana S Pen hanya perlukan 40 saat untuk mengecas dan boleh digunakan selama 30 minit atau 200 klik.

Tidak dapat dinafikan lagi, Samsung Galaxy Note9 bersama S Pen baru ini adalah peranti berkuasa tinggi untuk pengguna yang perlukan segala yang terbaik, terutama untuk pekerja pejabat. Dengan bateri sebesar 4,000mAh, ia memberi tenaga untuk kegunaan sepanjang hari.

Malah storan di Galaxy Note9 sangat besar, boleh mencecah 1TB hasil gabungan storan dalaman 512GB dan tambahan kad mikroSD 512GB. Galaxy Note9 kini dijual di Malaysia pada harga RM3,699 untuk storan 128GB dan RM4,599 bagi storan 512GB.

Untuk maklumat lanjut, semak laman produk Samsung Galaxy Note9.