5 Sebab Mengapa CPU Snapdragon Perlu Gerun Dengan Kirin 980

Kontinjen Huawei pada temasya IFA 2018 baru-baru ini telah melancarkan CPU untuk produk mudah alih mereka yang akan datang, Kirin 980, yang menjanjikan seribu satu penambahbaikan berbanding sebelumnya. Adakah pesaing mereka, Snapdragon perlu berasa gusar?

Ini adalah 5 perkara unik tentang Kirin 980 yang dilancarkan.

1. Sistem-on-cip (SoC) Pertama Guna Acuan 7nm.

Kirin 970 yang digunakan pada P20 Pro dan honor Play diacu menggunakan pemerosesan 10nm sama seperti pesaing mereka Snapdragon 845. Tapi dalam iterasi kali ini, Huawei meninggalkan konfigurasi big.LITTLE konvensional sebaliknya menggunakan sistem trikluster.

Dalam Kirin 970 terdapat tiga kluster teras pemproses yang berlainan kelajuan iaitu:

  • 2 teras A76 @ 2.60 GHz
  • 2 teras A76 @ 1.92 GHz
  • 4 teras A55 @ 1.80 GHz

Untuk berbandingan, Kirin 970 mempunyai

  • 4 teras A73 @ 2.36 GHz
  • 4 teras A54 @ 1.84 GHz

Manakala Snapdragon 845 memiliki

  • 4 teras Kryo 385 Gold (derivatif A75) @ 2.8 Ghz
  • 4 teras Kryo 385 Silver (derivatif A55) @ 1.77Ghz

Daripada sudut prestasi, Huawei menjangkakan ia 37% lebih baik berbanding Snapdragon 845 dan 32% lebih cekap tenaga dari Snapdragon 845.

2. GPU Turbo Yang Lebih Berkuasa

Saya sendiri tak gemar untuk ber-gaming menggunakan telefon ber-CPU Kirin. Huawei sendiri seperti mengakui yang CPU mereka tidak kompetitif berbanding jenama lain sehinggakan perlu melancarkan GPU Turbo untuk menarik minat golongan gaming. Tapi mungkin pada mereka, formula ini seakan menjadi dan meneruskannya pada Kirin 980.

Pemproses Kirin 980 yang bakal tiba ini menggunakan GPU yang lebih baru iaitu Mali-G76. Menurut mereka, prestasi gaming boleh ditambah baik sehingga 46% dan pada masa yang sama penjimatan tenaga sehingga 178% boleh dicapai berbanding generasi sebelum ini.

BACA  Penyebar Munafik 2 secara haram di Facebook di denda RM100,000

3. Mampu Dukung RAM Yang Lebih Pantas

Jumlah RAM bukanlah kayu pengukur mutlak untuk mengetahui prestasi telefon. Jika kedua-dua belah pihak miliki amaun RAM yang sama, kelajuan RAM pula akan memainkan peranan untuk membezakan antara keduanya.

Memang telefon-telefon yang dilancarkan sepanjang tahun ini kebanyakannya menggunakan RAM LPDDR4X yang pantas dan jimat tenaga, tetapi telefon yang akan mendukung Kirin 980 kelak adalah yang bertama yang akan gunakan RAM LPDDR4X 2133 MHz.

Antara manfaat yang boleh dinikmati dengan penggunaan RAM yang lebih pantas ini adalah, kelebaran jalur pemproses diperluas sebanyak 12%, dari 29.9 GB/s kepada 34.1 GB/s.

4. Modem Wi-Fi Dan LTE Yang Lebih Pantas

Untuk Kirin 980, Huawei lebih selesa menggunakan modem hasilan sendiri untuk mengelakkan kebergantungan kepada produk pihak ketiga seperti Broadcom.

Pada CPU ini, anda akan menemui Modem dengan teknologi 4×4 MIMO yang mampu menampung capaian sepantas 1.4 Gbps.

Bersama-sama Wi-Fi yang pantas, pengguna turut menikmati capaian LTE yang lebih pantas. Modem yang diberi nama 5G Balong 5000 itu dikatakan setanding dengan modem X50 yang ditemui atas Snapdragon 845.

5. Ada 2 Pemproses Rangkaian Neural (NPU)

Huawei adalah antara yang terawal membanjiri pamplet promosi mereka dengan isitlah AI, sejak Kirin 960. Untuk kali ini, Kirin 980 akan hadir bukan dengan satu, tetapi dua pemproses rangkaian neural (NPU).

Tidaklah diketahui bagaimanakan ia boleh memberikan kesan kepada penggunaan dalam dunia sebenar, tetapi berbanding Snapdragon 845, Kirin 980 sekurang-kurangnya 134% lebih prestasinya serta 88% cekap tenaga.

BACA  Honor akan datang dengan telefon baru pakar swafoto 24 jam

Bila ia akan digunakan?

Anda boleh menikmati kehebatan cip paling berkuasa di dunia seawal 16 Oktober 2018 di London semasa pelancaran Huawei Mate 20 kelak.

[Sumber: Huawei, AnandTech]