Dua DJI Mavic 2 Garang Belah Langit Malaysia

Dron kelas consumer yang paling canggih pernah dihasilkan DJI hari ini menerjah langit Malaysia apabila ia secara rasminya dilancarkan di hari ini untuk pengguna tempatan.

DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom boleh mula dibeli oleh peminat-peminatnya di Malaysia penghujung September ini.

Mavic 2 Pro

Mavic 2 Zoom

Kedua-duanya membawakan perubahan ketara berbanding Mavic Pro yang dilancarkan dua tahun yang lalu. DJI melakukan penambahbaikan pada tiga bahagian iaitu:

  • Kamera
  • Bateri
  • Keselamatan

Masih kekalkan fizikaliti boleh lipat seperti sebelumnya

Pada bahagian kamera, DJI menyediakan dua varian Mavic 2 yang boleh dibeli iaitu Pro dan juga Zoom. Mavic 2 Pro menggunakan kamera hasil kerjasama antara DJI dengan Hassleblad. Ia menerima sensor sebesar 1″, saiz yang sama boleh ditemui pada kamera seperti Sony RX100.

Menggunakan kamera itu, anda boleh merakam gambar pegun sebesar 20MP dan lensanya memliki jarak fokal 28mm setara kamera filem serta bukaan apertur tak malar antara F2.8 hingga F11.

Dalam kes Mavic 2 Zoom pula, keunikannya berbanding yang lain adalah ia mempuyai kamera yang ada zum optikal. Anda boleh mengezum antara 24mm hingga 48mm ataupun sehingga 96mm mengugnakan zum digital.

Faedah memiliki keupayaan zum adalah bunyi dron yang kuat tidak menganggu subjek seperti binatang.

Selain lensa boleh zum, ia diperkasa sensor sebesar 1/2.3″ CMOS, sama seperti Mavic Pro sebelum ini.

Spesifkasi Kamera

Mavic 2Mavic Pro Platinum
KameraMavic 2 Pro
Sensor 1" CMOS
28mm F2.8
20MP
Video [email protected],[email protected],[email protected]
Dlog-M, HDR HLG 10-bit
Memori terbina 8GB

Mavic 2 Zoom
Sensor 1/2.3" CMOS
24mm-48mm F2.8-F3.8
12MP
Video [email protected],[email protected],[email protected]
Memori terbina 8GB
Sensor 1/2.3" CMOS
24mm
12MP
Video [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
Gimbal Kamera3 paksi
Tilt: -90°-30°
Pan: -75°-75°
3 paksi
Tilt: -90°-30°
Roll: 0°-90°
BACA  Ini rupa Huawei Mate 20 berkuasa Kirin 980 dengan tiga kamera belakang?

Spesifikasi Pesawat

Mavic 2Mavic Pro Platinum
Tempoh Operasi31 min30 min
Suhu Operasi-10° C hingga 40° C0° C hingga 40° C
Kelajuan Daki5 m/s5 m/s
Kelajuan Turun3 m/s3m/s
Live ViewOcuSync 2
Latency pada 160-170ms
OcuSync 1
Latency pada 120-130 ms
Bateri3,850mAh3,830mAh

Ciri Keselamatan Dron

Mavic 2Mavic Pro Platinum
SensorSensor Depan
Sensor Bawah
Sensor Atas
Sensor Belakang
Sensor Sisi
Sensor Depan
Sensor Bawah

Beralih pada bahagian bateri, DJI mendakwa Mavic 2 boleh terbang selama 31 minit berbanding 27 minit pada dron sebelum ini. Ia dicapai hasil daripada penggunaan motor kipas yang ditambah baik.

Motor yang baru menggunakan arus sine berbanding arus petak yang memberikan tork lebih tinggi serta bunyi yang lebih rendah.

Dron kali ini dikuasakan bateri lebih besar iaitu 3,850mAh.

Tahap keselamatan dron turut dipertingkat. Ia dibuktikan dengan kehadiran 10 sensor yang bertebaran di setiap sisi dron. Jadi anda tak perlu risau terlanggar halangan dan tumpuan boleh diberikan untuk menghasilan kandungan video yang menarik.

Sensor depan

Sensor bawah

Sensor belakang

Kemudian, DJI turut memperkenalkan OccuSync 2, sistem komunikasi antara alat kawalan dengan dron yang baru. Sistem akan secara automatik menala frekuensi alat pengawal untuk tidak berinteferens dengan sumber gelombang lain seperti Wi-Fi dan Bluetooth orang lain.

Harga

DJI Mavic 2 akan dijual pada harga seperti berikut:

  • DJI Mavic 2 Pro – RM6,599
  • DJI Mavic 2 Zoom – RM5,699
  • Fly More Kit – RM1,399

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.