• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Kerja lebih produktif dengan mengubah Samsung Galaxy Note9 menjadi komputer

  • OLEH Penaja
  • 5:44 pm
  • 06/09/2018
  • Komen
Kerja lebih produktif dengan mengubah Samsung Galaxy Note9 menjadi komputer
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung Galaxy Note9]

Samsung Galaxy Note9 merupakan telefon pintar yang berkuasa tinggi, tetapi tahukah anda ia boleh bertukar menjadi komputer dengan hanya satu kabel? Dengan Samsung DeX, anda boleh menyambungkan monitor, papan kekunci dan tetikus untuk mendapat pengalaman penggunaan seperti komputer, dan semua proses ini amat mudah di Galaxy Note9.



Hanya Dengan Satu Kabel

Tidak seperti Samsung DeX sebelum ini, apa yang anda perlukan hanyalah satu kabel adaptor USB-C ke HDMI untuk memaparkan idea anda ke skrin yang lebih besar. Kini, tidak lagi perlukan dok khas dan anda boleh menyambungkan papan kekunci dan tetikus Bluetooth untuk pengalaman yang sepenuhnya seperti sebuah komputer. Jika anda mahu menggunakan papan kekunci dan tetikus USB, anda boleh mendapatkan adaptor USB-C ke pelbagai port.

Buat Kerja Lebih Senang pada Skrin Besar

Sama ada menghantar emel atau membuat perubahan pada slaid pembentangan, Samsung DeX membuatkan kerja anda lebih mudah dengan papan kekunci dan tetikus fizikal. Seperti komputer sebenar, anda boleh membuka pelbagai tetingkap, menggunakan kekunci pantas serta menggerakkan tetikus untuk ‘drag and drop’ fail.



Samsung DeX menyokong beberapa jumlah aplikasi di skrin besar termasuk Mirosoft Word, Excel, Powerpoint dan Outlook. Malah anda juga boleh akses ke komputer sebenar melalui Microsoft Remote Desktop.

Alat Pembentangan Mesyuarat Yang Hebat

Ada slaid penting perlu dibentangkan tetapi laptop tertinggal di rumah? Jangan risau, Galaxy Note9 sedia membantu. Gunakan kabel USB-C ke HDMI yang sama, anda boleh menyambungkan Galaxy Note9 kepada projektor dan memancarkan Microsoft PowerPoint terus dari telefon.

Lebih baik lagi, anda boleh menggunakan S Pen baru yang dikuasakan dengan Bluetooth sebagai alat kawalan jauh semasa pembentangan slaid PowerPoint. Tak perlu anda risau untuk mengecasnya kerana S Pen mengambil masa hanya 40 saat untuk dicas dan boleh digunakan selama 30 minit.

Tiada Papan Kekunci dan Tetikus? Tiada Masalah!

Jika anda perlu membuat suntingan segera tetapi tidak memiliki papan kekunci dan tetikus, Galaxy Note9 juga boleh digunakan sebagai pengganti. Hanya pilih DeX input option di bawah notifications dan anda boleh menggunakan skrin Galaxy Note9 sebagai papan kekunci dan trackpad maya. S Pen juga boleh digunakan untuk menaip atau melukis.

Dua Skrin Lebih Baik Dari Satu

Apabila Galaxy Note9 disambungkan ke monitor, papan kekunci dan tetikus, anda masih boleh menggunakan telefon pintar seperti biasa. Media sosial, aplikasi permesejan mahupun menerima dan menjawab panggilan juga boleh dilakukan tanpa memberikan gangguan langsung Samsung DeX di skrin besar.

Galaxy Note9 dicipta untuk membolehkan anda melakukan perkara yang lebih besar di mana jua. Ia kini boleh dimiliki bermula dari RM3,699 untuk versi 6GB RAM dan 128GB storan, dan RM4,599 bagi versi terbaik 8GB RAM dan 512GB storan. Untuk maklumat lanjut, sila semak halaman Galaxy Note9 di laman web Samsung Malaysia.

Tags: Galaxy Note9Galaxy Note9 MalaysiasamsungSamsung Galaxy Note9samsung malaysia
Penaja

Penaja

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER