• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TIME Internet pun ada pelan 100Mbps hanya RM129 tapi dengan syarat

  • OLEH Najib
  • 1:50 pm
  • 06/09/2018
  • Komen
TIME Internet pun ada pelan 100Mbps hanya RM129 tapi dengan syarat
Share on FacebookShare on Twitter

Tengah TM Unifi dan Maxis Home Broadband bergaduh nak bagi pelan jalur lebar yang lebih berbaloi, TIME Internet pula macam masih berdiam diri. Tetapi mereka rupanya ada juga membuat tawaran, tetapi dalam masa terhad.

Sempena acara MyCyberSale yang berjalan dari 3-7 September 2018, orang ramai yang termasuk dalam liputan TIME Internet boleh melanggan pelan jalur lebar TIME Fibre Home Broadband dari serendah RM129 sebulan, RM20 lebih murah dari harga biasa. Ia adalah pelan jalur lebar berkelajuan 100Mbps tanpa had kuota.



In conjunction with #MyCyberSale 2018, we are offering super discounts on our 100% fibre broadband plans! 3 days left to grab this sweet deal before it ends on 7 September! http://bit.ly/TIMEpersonal

Posted by TIME Internet on Wednesday, 5 September 2018

Untuk mendapatkan diskaun RM20 ini, pelanggan perlu menggunakan kod promosi TIMECYBERSALES18 apabila membuat pendaftaran. Malah, diskaun ini diberikan sehingga 7 September 2018 sahaja.

Dengan kod promosi ini, pelanggan layak menerima diskaun RM20 selama 24 bulan, menjadikan jumlah diskaun sebanyak RM480. Jadi, pelan 100Mbps hanyalah RM129 sebulan dari RM149, dan pelan 300Mbps pula hanya RM169 sebulan selepas diskaun dari RM189.



Tetapi jika anda menggunakan kod promosi ini untuk pelan 500Mbps, pelanggan akan menerima RM50 diskaun. Berbanding harga biasa RM299, kod promosi ini menjadikannya hanya RM249 sebulan.

Selepas 24 bulan, pelanggan perlu membayar harga asal pelan. Berbanding TM Unifi dan Maxis Home Broadband, harga pelan 100Mbps mereka adalah kekal RM129 sebulan. Kelebihan pelan TIME ini ialah kelajuan muat turun dan naik adalah sama 100Mbps. TM unifi dan Maxis Home Broadband pula berkelajuan 100Mbps untuk muat turun dan hanya 50Mbps untuk muat naik.

Jangan lupa, tawaran dari TIME ini hanyalah sehingga 7 September 2018 sahaja. Jika kawasan anda termasuk dalam liputan TIME dan berminat untuk melanggan, anda boleh mendaftar menerusi laman web mereka di sini.

Tags: timeTIME Fibre BroadbandTIME Internet
Najib

Najib

POPULAR

TIME Internet pun ada pelan 100Mbps hanya RM129 tapi dengan syarat

TIME Internet pun ada pelan 100Mbps hanya RM129 tapi dengan syarat

6 September 2018
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN