SUV Pertama PROTON Sedia Ditempah Bermula 8 September 2018

Sejak ditubuhkan pada tahun 1983, jenama Proton belum pernah menghasilkan apa-apa kenderaan dalam kategori SUV. PERODUA pula pernah hadir dengan Nautica dan Kembara. Tapi sejarah bakal tercipta kerana PROTON kini bakal hadir dengan SUV yang digelar sebagai PROTON X70 dan anda boleh menempahnya bermula 8 September 2018.

PROTON X70 Dibangunkan Atas Platform Geely Emgrand X7

PROTON X70 adalah produk pertama yang dikeluarkan hasil pembangunan bersama Proton dan Geely dan ia menerima ilham daripada pereka Peter Horbury yang memiliki pengalaman 40 tahun dalam bidangnya, serta pernah menjadi Naib Presiden kepada Volvo Car Corporation.

Tentang spesifikasi teknikal X70, maklumat itu masih belum dikongsikan secara khusus oleh Proton. Tetapi X70 dibangunkan di atas platform Geely Boyue, SUV yang dilancarkan dalam tahun 2016. Antara spesifikasi teknikal yang dimilikinya adalah seperti:

  • Enjin 1.8L dengan [email protected]rpm atau 2.0L [email protected]
  • Jarak roda 2.661m
  • 0 ke 100km/h sepantas 13.5s
  • Penggunaan minyak pada 8.2L/100km (1.8L) dan 9.3L/100km (2.0L)
  • Kapasiti tangki minyak 55L

Maklumat tentang hari jualan turut belum didedahkan tapi anda boleh menempah sebuah X70 dengan deposit sebanyak RM1,000. Kereta ini akan dipamerkan di jerayawara yang akan diadakan di 7 bandar utama Malaysia antara 19 September hingga 7 November 2018.

BACA  honor 8X merah menyala masih peranti 128GB termurah