• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun hingga 50% untuk Celcom Home Fibre tanpa had di Sabah

  • OLEH Najib
  • 12:06 pm
  • 18/09/2018
  • Komen
Diskaun hingga 50% untuk Celcom Home Fibre tanpa had di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Celcom turut menyediakan jalur lebar tetap fiber di negeri Sabah. Jalur lebar ini telah lama terdapat di sana dan kini Celcom mengumumkan beberapa penambahbaikan selaras dengan hasrat kerajaan meningkatkan kelajuan internet dan menurunkan harga.

Bermula dari Hari Malaysia, 16 September 2018, pelanggan sedia ada Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre di Sabah, akan menerima naik taraf percuma kelajuan ke 100Mbps dengan harga RM120 dan RM130 sebulan. Naiktaraf ini dibuat secara berperingkat sehingga akhir bulan September 2018.



Pelanggan Celcom Home Fibre 120 sebelum ini, akan menerima naiktaraf 10x ganda ke 100Mbps tanpa caj tambahan. Manakala pelanggan Celcom Home Fibre 150 dan 180, turut menerima naiktaraf kelajuan ke 100Mbps pada harga lebih rendah, RM120 sahaja sebulan. Bermakna, Celcom menggabungkan semua pelan lama menjadi satu sahaja, Celcom Home Fibre Gold Supreme berkelajuan 100Mbps dengan harga RM120 sebulan.

Celcom turut memperkenalkan pelan lebih murah, Celcom Home Fibre Gold berharga RM80 sebulan dengan kelajuan 40Mbps. Ia adalah pelan tanpa had kuota, bermakna boleh menggunakan internet sepuas hati. Pelan baru Celcom Home Fibre ini dilihat menyerupai tawaran baru oleh TM Unifi dan Maxis Home Fibre.



Bagi pemilik perniagaan, pelan yang hampir serupa disediakan. Bezanya hanya RM10 sebulan tetapi menikmati panggilan percuma 300 minit ke semua rangkaian, telefon DECT percuma, pemasangan percuma dan router percuma.

Dua pelan disediakan iaitu Business Fibre Gold berkelajuan 40Mbps dengan harga RM90 sebulan dan Business Fibre Gold Supreme berkelajuan 100Mbps dengan harga RM130 sebulan.

Bagi pelanggan perniagaan Celcom Business Fibre sedia ada, mereka akan dinaiktaraf secara percuma, kepada kelajuan 100Mbps dengan harga RM130 sebulan. Naiktaraf ini dibuat secara berperingkat sehingga penghujung bulan September 2018.

Bagi pertanyaan mengenai Celcom Home Fibre atau Celcom Business Fibre terutama sekali kawasan liputan, pelanggan boleh terus menghubungi Perunding Khidmat Pelanggan Celcom di talian 1300113282 atau lawati Celcom bluecube berdekatan. Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my.

Ini yang sepatutnya Telekom Malaysia lakukan berkenaan pelan baru Unifi dan Streamyx. Naiktaraf kelajuan dan turunkan harga pelanggan lama agar selaras dengan tawaran pelan terbaru. Bukan biarkan pelanggan lama gigit jari melihat pelan baru yang jauh lebih murah dan pantas tetapi tidak boleh dinikmati sama.

Tags: celcomCelcom Business FibreCelcom Home FibreCelcom Sabah
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Diskaun hingga 50% untuk Celcom Home Fibre tanpa had di Sabah

Diskaun hingga 50% untuk Celcom Home Fibre tanpa had di Sabah

18 September 2018
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER