• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua telefon baru Wiko ini menepati bajet orang ramai

  • OLEH Najib
  • 6:16 pm
  • 18/09/2018
  • Komen
Dua telefon baru Wiko ini menepati bajet orang ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko memang tidak asing lagi dengan pelbagai model telefon pintar yang berbaloi dibeli. Kini mereka melancarkan bukan satu, tetapi dua model baru telefon pintar dalam kelas permulaan yang sangat mampu dimiliki, Wiko View 2 Plus dan Wiko Tommy 3 Plus.

Wiko View 2 Plus

Khas sebagai harga pengenalan, dari 17-19 September 2018 secara eksklusif di Stor Wiko di Lazada, Wiko Malaysia kini menjual Wiko View 2 Plus pada harga RM60 lebih murah dari harga pasaran, iaitu hanya RM499 (harga asal RM559).



Spesifikasi Wiko 2 Plus nampak tidak terbanding dengan harga RM499. Xiaomi Redmi 6 kelihatan seperti pesaing terdekatnya, tetapi mudah kami katakan Wiko 2 Plus menawarkan perkakas yang lebih baik.

Ia dimulakan dengan penggunaan cip pemproses Snapdragon 450 pada Wiko View 2 Plus, bersama 3GB RAM, 32GB storan dalaman dan sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB. Diikuti dengan bateri besar berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan melalui port mikroUSB.



Kelebihan Wiko View 2 Plus ditambah lagi dengan skrin lebih besar, 5.93-inci dalam nisbah 19:9 dan bertakuk di dahi. Tetapi resolusi skrin ini hanya HD+ iaitu 1512×720 piksel sahaja.

Untuk kamera, ia dipasang dwi-lensa belakang 12MP+5MP F2.0 berkuasa AI. Kamera hadapan pula menggunakan lensa 8MP bersama LED Flash untuk menjadmin swafoto yang cerah.

Wiko menambah keunikan View 2 Plus dengan pilihan warna premium Supernova dan Anthracite. Sebagai bonus, selain jaminan selama setahun, Wiko Malaysia turut menyertakan penggantian 1-ke-1 dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembelian.

Tawaran Wiko View 2 Plus dengan diskaun RM60 ini sehingga 19 September 2018 sahaja, dan eksklusif di Stor Wiko di Lazada. Maklumat lanjut tentang telefon ini boleh dirujuk di laman produk Wiko View 2 Plus.

Wiko Tommy 3 Plus

Satu lagi model baru yang tiba ialah Wiko Tommy 3 Plus, dengan harga hanya RM399. Dengan harga serendah ini, ia datang dengan kuasa seperti Mediatek 6739, RAM sebanyak 2GB dan storan dalaman 16GB. Storan ini boleh diluaskan dengan kad mikroSD sehingga 128GB. Ia kelihatan sama seperti Wiko Tommy 3 tetapi masih ada yang lebih.

Tommy 3 Plus masih dengan saiz skrin yang sama, 5.45-inci tetapi memiliki resolusi lebih tinggi (HD+ 1440×720) dalam nisbah 18:9. Baterinya juga lebih besar, kini dengan kapasiti 2,900mAh.

Kamera belakangnya dipertingkat kepada 13MP bersama kamera hadapan yang sama, 5MP yang memiliki LED Flash untuk swafoto yang cerah. Sistem operasi Tommy 3 Plus menjalankan Android 8.1 Oreo.

Wiko Tommy 3 Plus kini telah dijual di Malaysia dan boleh dibeli dari mana-mana pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia. Sebanyak empat warna disediakan sebagai pilihan iaitu Gold, Cherry Red, Anthracite Mirror dan Bleen.  Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari laman produk Wiko Tommy 3 Plus.

Tags: WikoWiko MalaysiaWiko Tommy 3 PlusWiko View 2 Plus
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Dua telefon baru Wiko ini menepati bajet orang ramai

Dua telefon baru Wiko ini menepati bajet orang ramai

18 September 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER