• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan baru KONFEM 4G LTE dari YES tiada had kuota dari RM30 sebulan

  • OLEH Najib
  • 7:06 pm
  • 19/09/2018
  • Komen
Pelan baru KONFEM 4G LTE dari YES tiada had kuota dari RM30 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Mencari pelan internet mudah alih tanpa had kuota yang murah? YES kini memperkenalkan pelan prabayar KONFEM 4G LTE yang memberikan penggunanya internet tanpa had, serendah RM30 sahaja sebulan.

YES adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menggunakan rangkaian 4G sepenuhnya. Kerana itu ia boleh menyediakan servis panggilan berkualiti tinggi VoLTE sepanjang masa.



Kini pengguna prabayar YES boleh melanggan pelan internet tanpa had KONFEM 4G LTE pada harga hanya RM30 sebulan. Bagaimana mereka boleh menyediakan pelan sebegini? Ini kerana kelajuan untuk pelan ini disekat kepada 4Mbps sahaja. Ia sama seperti yang ditawarkan pelan prabayar U Mobile GX30. Bezanya, pelan U Mobile GX30 dihadkan kelajuannya pada 3Mbps.

Tetapi pengguna diberi peluang untuk menikmati kelajuan penuh menerusi tawaran KONFEM Turbo. Dengan caj RM5 sehari, kelajuan penuh internet disediakan tetapi dengan kuota sebanyak 5GB sehari.



YES juga melancarkan kempen Chan Mali Chan #SemuaAdaChance dengan kerjasama Touch n Go, yang berjalan dari 16 September sehingga 15 November 2018. Ia menyediakan pelbagai hadiah seperti telefon pintar setiap hari serta hadiah utama berupa kereta Perodua Myvi.

Kempen Chan Mali Chan 60 hari 60 telefon menyediakan hadiah berupa telefon pintar setiap hari, selama 60 hari dari 16 September hingga 15 November. Pengguna yang melanggan mana-mana pelan pascabayar atau prabayar YES, berpeluang memenangi telefon pintar menerusi kempen ini.

YES akan memaparkan hadiah telefon pintar yang boleh dimenangi setiap hari di Facebook YES 4G, dan pemenang akan diumumkan 10 hari kemudian. Pemenang dipilih dari penyertaan ke-777 setiap hari.

Switch to Yes 4G LTE today and you could win a Xiaomi Redmi 6A! Head over to our website for more information: http://bit.ly/YesxTnG
#SemuaAdaChance
*T&C apply

Posted by Yes 4G on Sunday, 16 September 2018

Promosi seterusnya, bagi pelanggan baru prabayar YES, pembelian pek permulaan YES Prepaid akan memberikan RM5 kredit YES, 1GB data yang sah selama 7 hari serta bonus berupa Touch ‘n Go PIN bernilai RM10. Pin ini boleh digunakan sebagai tambah nilai di dalam aplikasi Touch ‘n Go dan kemudiannya boleh digunakan untuk membeli tambah nilai YES Prepaid di dalam aplikasi tersebut.

Tambahan lagi, pengguna YES Prepaid juga akan menerima RM4 cashback apabila membuat tambah nilai YES sekurang-kurangnya RM5 menerusi aplikasi Touch ‘n Go.

Tetapi jika anda membuat tambah nilai YES Prepaid paling banyak menerusi aplikasi Touch ‘n Go sepanjang tempoh kempen ini, anda boleh memenangi hadiah utama berupa kereta Perodua Myvi.

Untuk mengetahui terma dan syarat serta maklumat lanjut tentang kempen ini, lawati laman web YES Chan Mali Chan.

Tags: YESyes 4gYES Chan Mali Chan
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022
Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER