• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Dua ahli baru Mi 8 Diperkenal Di China

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:08 pm
  • 20/09/2018
  • Komen
Dua ahli baru Mi 8 Diperkenal Di China
Share on FacebookShare on Twitter

Mi 8 adalah siri flagship daripada Xiaomi yang baru saja dilancarkan Jun yang lalu dan mengandungi tiga ahli iaitu Mi 8, Mi 8 Explorer Edition, dan Mi 8 SE. Berita terbaru daripada tanah besar China memaklumkan yang dua lagi ahli baru keluarga Mi 8 dilancarkan di sana iaitu:

  • Mi 8 Pro
  • Mi 8 Lite

Mi 8 Pro adalah yang paling bertenaga dalam kalangan dua saudara baru itu. Ia boleh diletakan setara dengan Mi 8 Explorer Edition kerana terdapat pilihan belakang yang lutisnar padanya serta ia turut ada pengimbas cap jari terbina dalam paparan.



Cumanya, pada spesifikasi, ia menawarkan varian dengan RAM 6GB yang lebih murah. Mi 8 Pro dikuasakan Snapdragon 845 dengan storan 128GB.

Pada bahagian kamera, ia menggunakan dwikamera belakang 12MP+12MP dengan masing-masingnya memiliki apertur seluas F1.8 dan F2.4. Untuk berswafoto, anda masih boleh menggunakan kamera 20MP seperti yang ada pada model sebelum ini.



Bateri yang menguasakannya agak kecil iaitu 3,000mAh sahaja tapi ia menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Spesifikasi Mi 8 Pro

[table “119” could not be loaded /]

Beralih pada Mi 8 Lite, telefon ini memiliki spesifikasi hampir setara dengan Asus ZenFone Max Pro M1 dan juga Redmi Note5. Persamaannya adalah daripada segi penggunaan CPU Snapdragon beserta RAM sebesar sehingga 6GB.

Ia adalah telefon sebesar 6.26″ dengan paparan beresolusi HD+ Penuh (2280×1080). Menguasakan segala kelengkapan elektronik pada telefon ini adalah bateri sebesar 3,350mAh dengan sokongan pengecasan pantas QC 3.0.

Pada bahagian pengimejan, sepasang kamera belakang sekuasa 12MP dan 5MP ada untuk mengambil gambar manakala kamera selfie dibekalkan sensor 24MP yang berprestasi cemerlang dalam keadaan malap, menurut Xiaomi.

Spesifikasi Mi 8 Lite

[table “120” could not be loaded /]

Harga

Berikut adalah harga-harga jualan ahli terbaru Mi 8 di China:

  • Mi 8 Lite (RAM 4GB + storan 64GB) – RMB 1,399 (RM 844)
  • Mi 8 Lite (RAM 6GB + storan 64GB) – RMB 1,699 (RM 1,025)
  • Mi 8 Lite (RAM 6GB + storan 128GB) – RMB 1,999 (RM 1,206)
  • Mi 8 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RMB 3,199 (RM 1,931)
  • Mi 8 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – RMB 3,599 (RM 2,127)

[Sumber: Xiaomi, 2]

Tags: harga mi 8 liteharga mi 8 promi 8 litemi 8 lite malaysiami 8 lite murahmi 8 promi 8 pro malaysiami 8 pro murahpelancaran mi 8 litepelancaran mi 8 proreview mi 8 litereview mi 8 prosamsungsamsung malaysiaspesifikasi mi 8 litespesifikasi mi 8 protempahan mi 8 litetempahan mi 8 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Dua ahli baru Mi 8 Diperkenal Di China

Dua ahli baru Mi 8 Diperkenal Di China

20 September 2018
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN