• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM komited tunai janji naik taraf Streamyx dengan pelbagai cara

  • OLEH Najib
  • 7:09 pm
  • 21/09/2018
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran jalur lebar tetap di Malaysia begitu hangat sekarang dengan pelan lebih murah dan lebih pantas diperkenalkan dari penyedia seperti TM unifi, Maxis Broadband dan Celcom Home Broadband. Pelan serendah RM79 dengan kelajuan 30Mbps, dan RM129 berkelajuan 100Mbps telah menjadi kebiasaan, yang menyediakan kuota internet tanpa had.

Tetapi masih ramai pelanggan sedia ada jalur lebar TM, yang menggunakan Streamyx. Dilaporkan ia berjumlah lebih 1 juta pelanggan.



Walaupun lebih banyak heboh tentang unifi, TM masih belum melupakan pelanggan Streamyx. Pada perjumpaan media yang lalu, TM berkongsi tentang bagaimana mereka telah cuba menghubungi pengguna Streamyx yang terletak di dalam kawasan liputan unifi, untuk dinaik taraf ke unifi. Mereka boleh melanggan pelan unifi yang lebih laju, malah lebih murah dari pelan Streamyx mereka.

TM hari ini berkongsi maklumat baru. Hampir separuh dari pelanggan Streamyx di dalam kawasan liputan unifi, telah dinaik taraf ke unifi tanpa caj tambahan di dalam bil mereka. TM komited untuk menaik taraf baki pelanggan Streamyx ini, yang tidak memiliki masalah teknikal untuk dinaiktaraf ke unifi.



Mereka ini akan dihubungi melalui emel dan telefon. Oleh itu, semua pelanggan TM terutama pengguna Streamyx, diseru agar mengemaskini butiran emel dan telefon mereka agar dapat dihubungi. Kemaskini ini boleh dibuat menerusi laman web unifi atau aplikasi unifi care.

Orang ramai terutamanya pelanggan Streamyx, digalakkan untuk menyemak liputan unifi menerusi laman web unifi Coverage Checker, untuk memastikan anda menerima naik taraf yang selayaknya. Ke unifi atau pelan Streamyx yang lebih baik.

Sebanyak 350,000 lagi pelanggan Streamyx, akan digandakan kelajuan mereka sehingga ke 8Mbps, kelajuan terpantas yang boleh dicapai oleh rangkaian tembaga. Buat pelanggan Streamyx yang lain, TM kini sedang berusaha untuk memberi penyelesaian yang lebih muktamad dan telahpun mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan utama, bagi menyediakan pengalaman jalur lebar yang lebih baik ke seluruh negara, dengan meneroka pelbagai teknologi yang tepat dan bersesuaian.

Selain itu, TM terus melabur dalam pelaksanaan rangkaian 4G LTE dan WiFi hotspot bagi melengkapi rangkaian talian tetapnya. Liputan perkhidmatan 4G LTE TM pada masa ini telah melebihi 77% populasi isi rumah di kawasan bandar dan luar bandar. Bersama-sama rakan kongsi TM, liputan tersebut diperluaskan lagi menerusi perkhidmatan 3G melangkaui 90% populasi. Bagi memberikan lebih kemudahan mobiliti, TM turut mempertingkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan WiFi dengan lebih 12,000 hotspot di seluruh negara setakat ini.

Tags: streamyxTelekom MalaysiaTMtm streamyxtm unifiUnifi
Najib

Najib

POPULAR

TM komited tunai janji naik taraf Streamyx dengan pelbagai cara

21 September 2018
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN