• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

100 ribu telefon pintar percuma di Celcom selama 101 hari

  • OLEH Najib
  • 8:14 pm
  • 24/09/2018
  • Komen
100 ribu telefon pintar percuma di Celcom selama 101 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan Celcom kini boleh bergembira dengan tawaran terbaru Celcom. Selama 101 hari, dari 20 September hingga 29 September 2018, pelanggan Celcom boleh mendapatkan telefon pintar percuma atau tanpa bayaran deposit.

Tawaran ini dibuka khusus untuk pelanggan Celcom lebih dari 12 bulan, dan tiada rekod sekatan talian selama 3 bulan. Hanya langgan mana-mana pelan Celcom Mobile dan pilih peranti untuk disertakan bersama kontrak 24 bulan.



Celcom menyediakan telefon pintar percuma dari OPPO A3S dan Samsung Galaxy J4 untuk pelan Celcom Mobile Gold Plus (RM98/bulan) sehingga Huawei P20 dengan pelan Celcom Mobile Platinum Plus (RM188/bulan).

Bagi pelanggan baru Celcom, mereka juga boleh dikenakan bayaran deposit lebih rendah, sehingga RM1,000 kurang bergantung kepada markah CTOS mereka.



Selain telefon pintar percuma, Celcom juga mengumumkan dua tawaran baru untuk pelanggan dengan kontrak sedia ada. Program Contract Extension akan membolehkan pengguna dengan kontrak berbaki kurang 12 bulan, mendapatkan peranti baru dengan kontrak diperbaharui dengan tambahan 24 bulan, sehingga 36 bulan lamanya. Tanpa dikenakan caj penalti.

Manakala program Change Plan Anytime, akan membenarkan pelanggan kontrak sedia ada, menaik taraf pelan Celcom Mobile mereka tanpa caj tambahan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat tawaran, layari laman web Celcom 100,000 FREE Phones, 101 Days.

Tags: celcomCelcom telefon percumatelefon percuma Celcom
Najib

Najib

POPULAR

100 ribu telefon pintar percuma di Celcom selama 101 hari

100 ribu telefon pintar percuma di Celcom selama 101 hari

24 September 2018
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN