• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Streamyx, semak kelayakan naik taraf anda sekarang

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 24/09/2018
  • Komen
Pengguna Streamyx, semak kelayakan naik taraf anda sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

TM sebelum ini telah menjanjikan naik taraf bagi pengguna unifi dan Streamyx. Pengguna unifi menerima naik taraf Turbo secara berperingkat, tetapi untuk pengguna Streamyx terdapat beberapa jenis naik taraf yang disediakan.

TM kini telah membangunkan satu laman yang memudahkan pengguna Streamyx menyemak kelayakan naik taraf yang akan mereka terima. Orang ramai boleh menyemaknya di laman Streamyx Upgrade.



Terdapat tiga jenis naik taraf yang disediakan. Untuk pengguna di dalam liputan unifi, mereka akan dinaik taraf ke pelan unifi mengikut jenis bangunan. Untuk pengguna rumah di atas tanah seperti rumah teres dan banglo, akan dinaik taraf ke pelan unifi 100Mbps. Manakala bangunan tinggi seperti apartmen dan kondo, akan dinaik taraf ke pelan unifi 30Mbps.

Tetapi untuk pengguna Streamyx di luar liputan unifi, kelajuan Streamyx anda akan dinaik taraf dua kali ganda, sehingga 8Mbps. Semua naik taraf ini adalah percuma, tanpa caj tambahan di dalam bil.



Bagi pengguna unifi, naik taraf Turbo anda dimaklumkan menerusi emel. Jangan lupa semak inbox atau folder Spam mengenai emel naik taraf dari TM.

TM baru-baru ini menyatakan mereka telah menaik taraf lebih separuh dari 340,000 pelanggan Streamyx yang layak ke pelan unifi. Sebanyak 350,000 lagi pelanggan Streamyx, akan digandakan kelajuan mereka sehingga ke 8Mbps, kelajuan terpantas yang boleh dicapai oleh rangkaian tembaga.

Untuk memastikan kelancaran naik taraf, pengguna Streamyx diseru agar mengemaskini butiran emel dan telefon mereka agar dapat dihubungi. Kemaskini ini boleh dibuat menerusi laman web unifi atau aplikasi unifi care.

Jadi pengguna Streamyx, semak kelayakan naik taraf anda sekarang di laman Streamyx Upgrade. Jangan lupa kemaskini butiran emel dan telefon anda.

Tags: naik taraf StreamyxstreamyxStreamyx UpgradeTMtm streamyx
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pengguna Streamyx, semak kelayakan naik taraf anda sekarang

Pengguna Streamyx, semak kelayakan naik taraf anda sekarang

24 September 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN