• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pocophone F1 paling kebal akan tiba minggu ini

  • OLEH Najib
  • 9:41 am
  • 24/09/2018
  • Komen
Pocophone F1 paling kebal akan tiba minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pocophone F1, sebuah telefon pintar dari jenama di bawah Xiaomi telah dijual di Malaysia sejak akhir bulan Ogos lepas. Hanya dua variasi yang ditawarkan, storan 64GB dan storan 128GB.

Satu lagi variasi bukanlah storan yang lebih besar, tetapi dengan kemasan unik yang dipanggil, Armoured Edition. Badan belakang edisi ini diperbuat dari DuPont™ Kevlar® aramid fiber yang tahan lasak, tahan panas dan digunakan dalam pelbagai bidang penerbangan dan ketenteraan.



Berita baik untuk yang menanti ketibaan edisi khas ini, Pocophone F1 Armoured Edition akan tiba di Malaysia pada minggu ini. Ia diumumkan akan mula dijual pada 27 September 2018, dan boleh didapati dia dua lokasi, Mi Store Sunway Pyramid dan Mi Store Sutera Mall, Johor. Bagaimanapun, unit yang dijual sangat terhad.

Harganya pula dinyatakan RM100 lebih mahal dari edisi biasa dengan storan 128GB. Ya, Pocophone F1 Armoured Edition yang akan dijual di Malaysia datang dengan storan 128GB, dengan harga jualan RM1,599.



Tiada perbezaan lain antara edisi biasa dan Armoured Edition ini selain kemasan belakangnya. Peranti ini memiliki skrin berukuran 6.18-inci bertakuk di dahi, pemproses Snapdragon 845 dengan sistem penyejukan cecair, RAM sebanyak 6GB dan bateri sebesar 4,000mAh yang dicas melalui USB-C.

Untuk perbandingan, Pocophone F1 64GB dijual di Malaysia berharga RM1,299 manakala Pocophone F1 128GB pula berharga RM1,499. Dengan tambahan RM100 iaitu RM1,599, ia boleh dimiliki dengan kemasan belakang Kevlar.

Adakah anda akan mendapatkan Armoured Edition ini berbanding edisi biasa? Tarikan rupa Kevlar yang lebih menarik dari plastik polikarbonat ataupun lebih yakin dengan fungsinya yang tahan lasak?

[Sumber: SoyaCincau.com]

Tags: Mi MalaysiaPocophone F1Pocophone F1 Armoured EditionPocophone F1 Armoured Edition Malaysiapocophone f1 malaysiaxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Pocophone F1 paling kebal akan tiba minggu ini

Pocophone F1 paling kebal akan tiba minggu ini

24 September 2018
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER