• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini rupa Huawei Mate 20 paling jelas dengan modul kamera segi empat sama

  • OLEH Najib
  • 12:46 pm
  • 25/09/2018
  • Komen
Ini rupa Huawei Mate 20 paling jelas dengan modul kamera segi empat sama
Share on FacebookShare on Twitter

Tak sampai sebulan lagi, Huawei Mate 20 dengan kuasa pemproses Kirin 980 akan dilancarkan. Telah banyak gambar terbocor telah tersebar di alam maya. Tetapi berita terbaru ini dilihat memberi gambaran paling jelas tentang rupa sebenar Huawei Mate 20 Pro.

Roland Quandt, menerusi twitternya telah berkongsi gambar rasmi Huawei Mate 20 yang dikatakan dari Huawei sendiri. Terdapat tiga warna Huawei Mate 20 iaitu Biru, Hitam dan Twilight. Warna Twilight ini seakan menyerupai warna Twilight di Huawei P20 Pro.



Di belakang, ia memaparkan dengan jelas modul kamera segi empat sama. Di dalam modul ini terdapat tiga lensa kamera dan satu LED Flash, serta cap Leica di atasnya.

Mungkin tiga lensa kamera ini menyerupai apa yang ada di Huawei P20 Pro iaitu sensor 40MP RGB + 20MP Monokrom + 8MP telefoto. Tetapi belum ada kepastian lagi.



Di hadapan pula, skrin memenuhi hampir semua ruang dengan bingkai yang sangat kecil. Tetapi takuk di atas menjadi lebih lebar dari takuk Huawei P20 Pro. Mungkin lebih banyak sensor dimuatkan di takuk ini, selain kamera hadapan dan speaker panggilan.

Pandangan sisi telefon ini melihatkan lekuk badan belakang dan skrin depan, dengan bingkai besi di tengahnya. Ini rekaan yang sering kita lihat pada telefon pintar Samsung Galaxy siri-S dan siri-Note.

Satu lagi perkara penting yang boleh dilihat dari gambar ini adalah ketiadaan pengimbas capjari, di depan mahupun di belakang. Ini mungkin menunjukkan Huawei Mate 20 akan menggunakan pengimbas capjari atas skrin, seperti yang ada di Huawei Mate RS Porsche Design.

Sejauh manakah kebenaran dari gambar terbocor ini? Biasanya berita dari Roland jarang mengecewakan. Tetapi kita kena tunggu berita sepenuhnya di majlis pelancaran di London, pada 16 Oktober depan.

[Sumber: WinFuture]

Tags: HuaweiHuawei Mate 20Huawei Mate 20 Proleicamate 20mate 20 pro
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Ini rupa Huawei Mate 20 paling jelas dengan modul kamera segi empat sama

Ini rupa Huawei Mate 20 paling jelas dengan modul kamera segi empat sama

25 September 2018
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN