• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak beli barang di Lazada, tangkap gambar je

  • OLEH Najib
  • 7:43 pm
  • 25/09/2018
  • Komen
Nak beli barang di Lazada, tangkap gambar je
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung bulan adalah waktu yang dinantikan ramai peniaga, termasuk penjual dalam talian. Lazada, platform e-dagang popular di Malaysia, akan mengadakan Lazada Shopathon pada 27 September 2018. Bersamanya, Lazada melancarkan satu fungsi baru, Image Search.

Image Search atau Carian Gambar menggunakan kuasa kecerdasan pintar (A.I) untuk membolehkan pengunjung Lazada mengambil gambar barangan yang mereka berminat untuk membeli, dan Lazada akan mencadangkan produk yang bersesuaian dan terdapat di platform Lazada.



Untuk menggunakannya, bermula dengan melancarkan aplikasi Lazada. Kemudian tekan ikon kamera yang dilabelkan ‘Scan‘ di sudut kiri atas aplikasi. Ambil gambar atau pilih gambar dari galeri, dan ia akan memberikan cadangan produk yang berkaitan.

Fungsi ‘Scan‘ ini juga boleh mengimbas kod QR, yang membawa pengujung ke laman promosi, produk atau kedai di dalam Lazada. Ia boleh mengimbas kod QR dari rakan niaga Lazada yang terlibat.



Pelbagai tawaran dan promosi luar biasa boleh dinikmati di Lazada Shopathon pada 27 September nanti. Antara yang menarik adalah seperti tawaran Slash It. Orang ramai boleh berkongsi produk yang mereka berminat untuk membeli, kemudian dikongsi kepada rakan-rakan. Rakan-rakan yang menekan pautan Slash It yang dikongsi akan menjadikan harga produk itu dipotong. Lebih ramai menekan, maka lebih banyak harganya dipotong.

Jualan kilat adalah promosi yang ada, tetapi yang menarik adalah produk berharga RM1. Sebanyak 6 kali tawaran jualan kilat RM1 akan diadakan pada 27 September, pada pukul 9am, 12pm, 3pm, 6pm dan 9pm. Tekan butang Remind Me agar anda menerima notifikasi bila masanya tiba.

Banyak baucar disediakan dan ia boleh dikumpul bermula 24 September. Selepas dikumpul, anda boleh menyemaknya di dalam Lazada Wallet.

Walaupun promosi Lazada Shopathon ini diadakan pada 27 September, tetapi anda boleh mula menyimpan produk yang anda ingin beli di dalam wishlist sekarang, dan membelinya pada 27 September nanti agar tidak terlupa.

Layari laman web Lazada Shopathon untuk melihat lebih lanjut tentang promosi ini.

Tags: LazadaLazada Image SearchLazada Shopathon
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Nak beli barang di Lazada, tangkap gambar je

Nak beli barang di Lazada, tangkap gambar je

25 September 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN