Game Monster Hunter Pertama Untuk Android Sedia Dimuat Turun

Capcom melakukan kejutan buat pengguna telefon pintar apabila melancarkan game Monster Hunter pertama untuk telefon pintar. Ia adalah versi 3DS yang dikenali sebagai Monster Hunter Stories.

Ramai yang menganggap Monster Hunter Stories adalah versi mesra kanak-kanak, apabila tampil dengan penggunaan aset berwarna warni dan karakter comel. Bukan sahaja ia mudah didiekati kanak-kanak, ia turut menarik golongan dewasa yang teringin untuk menjadi pemburu raksasa tetapi tidak berpeluang berbuat demikian pada edisi terdahulu.

Tapi ia tidaklah 100% mengikuti konsep Monster Hunter asal. Sebaliknya pertarungan dilakukan secara turn-based dan bukannya secara masa nyata seperti kebiasaannya.

Mode multiplayer turut ada dalam game ini. Ia lebih kepada PVP, anda melawan pemain lain menggunakan sepasukan raksasa yang anda telah tangkap sepanjang story mode.

Permainan ini berharga RM77 di Android dan RM80 di iOS. Jika tidak mahu berbelanja sebesar itu untuk dikecawakan, anda boleh mencuba versi demo yang boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti Android.

BACA  Badan Huawei Mate 20 mungkin sebuah pengecas wayarles