• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Panasonic LUMIX Cipta Sejarah, Langkah Masuk Ke Gelanggang Full Frame

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:20 pm
  • 26/09/2018
  • Komen
Panasonic LUMIX Cipta Sejarah, Langkah Masuk Ke Gelanggang Full Frame
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama selesa dalam ekosistem micro four thirds bersama-sama Olympus, Panasonic melalui siri LUMIX-nya memecah kebuntuan apabila mengumumkan satu sistem kamera baru yang bergelar LUMIX S yang menggunakan sensor full frame.

Sumber



Dua ahli pertama LUMIX S yang diumumkan adalah:

  • Panasonic LUMIX S1
  • Panasonic LUMIX S1R

Kedua-dua kamera ini memiliki fizikaliti yang sama kecuali pada bahagian sensornya. S1R, seperti namannya memfokuskan pada bahagian resolusi apabila sensornya memiliki 47 juta piksel. Manakala S1 dikatakan lebih menumpukan pada video apabila diberikan sensor 24MP.



Satu lagi pembaharuan yang dibawakan LUMIX dalam siri S ini adalah penggunaan kaki lensa yang baru iaitu Leica-L. Dalam ekosistem ini, Panasonic akan bekerjasama dengan Leica dan Sigma untuk menghasilkan pelbagai jenis lensa untuk digunakan bersama sistem LUMIX S.

Lain-lain maklumat yang dikongsikan oleh Panasonic semasa pembentangan LUMIX S di Photokina 2018 adalah seperti:

  • penggunaan cip pemproses imej Venus yang baru
  • keupayaan video 4K60P
  • Pemfokusan menggunakan AI
  • Kehadiran IBIS
  • Kelajuan flash syncro terpantas
  • Dwislot XQD & SD
  • LCD boleh kilas 3 paksi

Panasonic turut memaklumkan yang siri LUMIX G sedia ada akan terus dibangunkan dan lebih menumpukan pada mobiliti serta kebolehgunaan.

Maklumat tentang bila ia akan mula dijual juga tidak dikongsikan. Tetapi khabar angin menyatakan yang ia akan mula dijual awal 2019.

Tonton pembentangan Lumix S di bawah.

Tags: kameraleicalumixpanasonicpanasonic lumixpanasonic lumix spanasonic lumix s1panasonic lumix s1rphotokinasigma
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Panasonic LUMIX Cipta Sejarah, Langkah Masuk Ke Gelanggang Full Frame

Panasonic LUMIX Cipta Sejarah, Langkah Masuk Ke Gelanggang Full Frame

26 September 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN