Dengan Fungsi Baru Google Maps Ini, Soalan “Makan Mana?” Kini Tinggal Kenangan

Ramai yang beranggapan yang soalan paling susah untuk dijawab di atas muka bumi ini adalah, “Makan mana?”. Lebih parah jika ia melibatkan ramai kepala yang memiliki cita rasa masing-masing. Tapi, kemas kini terbaru Google Maps ini akan buatkan masalah itu lenyap.

Jika anda mengemas kini Google Maps anda ke versi terkini, akan ada fungsi terbaru yang digelar “group planning”. Seperti namanya, ia dibangunkan untuk memudahkan anda dan rakan-rakan membuat keputusan untuk santap di mana.

Anda boleh mewujudkan satu senarai tempat makan yang berpotensi untuk jadi lokasi santap anda yang seterusnya lalu dikongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain. Rakan anda pula boleh memasukkan pilihan mereka yang tersendiri.

Kemudian, proses undian boleh dijalankan untuk mencari lokasi mana yang paling mendapat perhatian.

Akhir sekali, anda terus boleh memulakan navigasi terus daripada APP yang sama ke lokasi terpilih. Mudah bukan?

Untuk mula menggunakan fungsi terbaru ini, anda cuma perlu tap dan hold lokasi pertama dan senarai akan diwujudkan secara automatik.

[Sumber: Google]

BACA  Pengguna Apple boleh memandu lebih selamat dengan Google Maps dan Waze di Carplay