• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon ini ada lebih banyak RAM dari laptop anda

  • OLEH Najib
  • 8:16 pm
  • 27/09/2018
  • Komen
Telefon Dengan Rekaan Superradikal Dari OPPO Tiba Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Berapa banyak RAM yang ada di laptop anda? 4GB atau 8GB? Rasa-rasanya 8GB RAM dah cukup besar untuk telefon pintar kan? Kan? Kan!

Nampaknya tidak lama lagi telefon pintar akan memecah benteng RAM 8GB. Satu penemuan di TENAA oleh Ice Universe menunjukkan sebuah telefon pintar telah didaftarkan dengan 10GB RAM!



Telefon pintar itu bukanlah model yang baru, sebaliknya ia didaftarkan oleh OPPO Electronics untuk OPPO Find X. Maklumat OPPO Find X di TENAA telah dikemaskini pada 26 September 2018 dengan maklumat tambahan, 10GB RAM di samping 8GB RAM pada model sedia ada.

Lain-lain perkara masih sama seperti cip pemproses Snapdragon 845, storan dalaman 256GB, skrin Super AMOLED 6.42-inci tanpa takuk, serta bateri 3,730mAh bersama pengecasan super pantas VOOC.



Perkara paling menarik di OPPO Find X adalah kameranya yang tersembunyi. Kamera belakang dan hadapannya tersimpan dalam satu modul di bahagian atas, yang terkeluar bila mahu digunakan. Modul ini juga menyimpan pengesan infra merah untuk sistem pengecaman wajah.

Mengapa OPPO mahu menambah RAM untuk OPPO Find X yang telah sedia dilengkapi perkakas terbaik masa kini? Android Authority melaporkan, Find X memiliki masalah dalam pengurusan RAM walaupun prestasinya lancar. Mungkin ini satu cara OPPO untuk mengatasi masalah ini, dengan menambah lebih RAM.

Tiada khabar tentang bilakah ia akan mula dijual. Ada juga kemungkinan ia hanyalah pendaftaran dan tidak dijual.

[Sumber: TENAA, Android Authority]

Tags: 10GB RAMFind XFind X 10GBoppoOPPO Find XOPPO Find X 10GBRAM 10GB
Najib

Najib

POPULAR

Telefon Dengan Rekaan Superradikal Dari OPPO Tiba Di Malaysia

Telefon ini ada lebih banyak RAM dari laptop anda

27 September 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN