• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna TIME mula terima naiktaraf kelajuan sehingga 1Gbps

  • OLEH Najib
  • 3:35 pm
  • 01/10/2018
  • Komen
Pengguna TIME mula terima naiktaraf kelajuan sehingga 1Gbps
Share on FacebookShare on Twitter

Jika pelanggan TM unifi menerima naiktaraf berganda-ganda menerusi unifi Turbo, pelanggan TIME dilihat masih di takuk lama. Tiada pengumuman dari pihak TIME selepas TM, Maxis dan Celcom memperkenalkan pelan jalur lebar di rumah yang lebih murah dan kelajuan digandakan.

Tetapi mungkin TIME sedang mengusahakan sesuatu, kerana beberapa pelanggan TIME menyatakan kelajuan internet mereka telah dipertingkat.



Pelanggan TIME dengan pelan 100Mbps memaklumkan kelajuan internet mereka kini mencecah 500Mbps. Manakala pelanggan pelan 300Mbps pula, kini menikmati kelajuan 800Mbps.

Pelan paling mahal dan paling laju 500Mbps, digandakan kelajuannya ke 1Gbps. Untuk rujukan, ini adalah harga pelan internet TIME yang masih terdapat di laman web, dan kelajuan naiktaraf yang diterima:



  • TIME 100Mbps (RM149 sebulan) -> 500Mbps
  • TIME 300Mbps (RM189 sebulan) -> 800Mbps
  • TIME 500Mbps (RM299 sebulan) -> 1Gbps

Manakala bagi TM unifi pula, ini adalah naik taraf unifi Turbo yang diberikan kepada pelanggan, untuk perbandingan:

  • Unifi 10Mbps (RM129 sebulan) -> 100Mbps
  • Unifi 30Mbps (RM179 sebulan) -> 300Mbps
  • Unifi 50Mbps (RM249 sebulan) -> 500Mbps
  • Unifi 100Mbps (RM329 sebulan) -> 800Mbps

Jika benar kelajuan naik taraf yang diberikan oleh TIME ini, bermakna mereka masih lagi menyediakan pelan internet yang lebih murah dari unifi. Seperti pelan 500Mbps, hanya RM149 sebulan di TIME, tetapi berharga RM249 sebulan di unifi. Pelan 800Mbps pula, RM189 di TIME dan RM329 di unifi.

Tetapi ia masih lagi spekulasi kerana TIME masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tenang naik taraf kelajuan ini. Mungkin TIME mengambil langkah untuk menaik taraf dahulu sebelum membuat pengumuman rasmi. Harapnya akan ada pelan murah dari TIME serendah RM89 untuk 30Mbps atau 40Mbps, seperti yang ditawarkan unifi, Maxis dan Celcom.

Apatah lagi, TIME boleh membuat naik taraf yang lebih lancar kerana mereka menggunakan rangkaian optik fiber sepenuhnya, berbanding TM yang masih menggunakan rangkaian tembaga di sesetengah tempat. Rangkaian tembaga hanya boleh memberikan kelajuan maksima 30Mbps sahaja.

Kelajuan bukanlah masalah utama di Malaysia, sebaliknya kawasan liputan sering membantutkan keinginan pengguna baru. Jalur lebar TIME kebiasannya hanya terdapat di bangunan tinggi seperti apartmen dan kondominium, berbanding unifi yang terdapat di lebih banyak kawasan perumahan.

Pengguna TIME yang lain, adakah anda sudah menerima naik taraf ini? Ada yang mengatakan, matikan dan hidupkan semula modem dan router untuk mula melihat naik taraf ini.

[Sumber: Lowyat.net]

Tags: timeTIME FibreTIME Fibre Broadband
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna TIME mula terima naiktaraf kelajuan sehingga 1Gbps

Pengguna TIME mula terima naiktaraf kelajuan sehingga 1Gbps

1 October 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER