• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

[Reviu] My Cloud Home Duo, Penyelesaian Muktamad Anda Kepada Masalah Lambakan Foto Liburan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:18 pm
  • 01/10/2018
  • Komen
[Reviu] My Cloud Home Duo, Penyelesaian Muktamad Anda Kepada Masalah Lambakan Foto Liburan
Share on FacebookShare on Twitter

Dulu, kita menyimpan data didalam pemacu kilat seperti pendrive dan external drive, kelebihan membuat salinan dalam pemacu kilat adalah ia boleh diakses hatta kita berada di luar talian dan data milik kita selamat daripada dihidu pihak ketiga.

Pemacu kilat adalah mediu storan yang amat berguna



Kemudian penyelesaian awan hadir yang membawakan kemudahan mengakses data dari mana-mana jua asalkan kita berhubung dengan Internet. Tapi kekurangan perkhidmatan awan adalah data kita berada dalam tangan pihak ketiga walaupun mereka berjanji tidak boleh melihatnya atas sebab encryption.

Perkhidmatan storan awan mula tular dalam kalangan pengguna hari ini



Pernahkah anda terfikir untuk menggabungkan manfaat dari kedua-dua dunia dalam satu produk?

Penyelesaian 2-dalam-1 hadir menyelamatkan keadaan

WD My Cloud Home adalah produk yang ada segala-gala manfaat yang anda perolehi daripada storan luar talian dan juga storan awan. Secara ringkasnya, ia adalah produk 2-dalam-1 iaitu:

  • penyimpanan luar talian seperti external drive anda
  • penyimpanan awan seperti Google Drive ataupun Apple iCloud

My Cloud Home Duo 8TB

WD My Cloud Home hadir dengan pelbagai varian. Yang pertama adalah bilangan penyimpan sama ada tunggal ataupun dua. Kemudian anda boleh mendapatkannya pada kapasiti bermula 2TB hingga 20TB.

Set yang tiba di meja editor kami adalah WD My Cloud Home Duo yang hadir bersama dua pemacu penyimpanan sebesar 4TB setiap satu.

Binaan berasaskan plastik

Sungguhpun hadir dengan 2 pemacu 4TB, jumlah storan untuk menyimpan data masih kekal pada 4TB kerana mereka beroperasi dalam konfigurasi RAID 1. Dalam arena storan data komputer, RAID 1 bermakna jumlah data yang tersimpan dalam pemacu pertama adalah salinan kepada data dalam pemacu kedua (mirror).

Penutup HDD terletak pada bahagian atas

Versi Duo ada dua slot HDD

Dalam kes mana-mana pemacu mengalami kerosakan, anda cuma perlu menggantikan pemacu yang rosak tanpa mengalami kehilangan data. Situasi ini adalah perkara biasa kepada penyedia perkhidmatan penyimpanan awan seperti Google Drive. Sebab itu data anda tak pernah hilang apabila simpan di awan.

Selain konfigurasi Duo, konfigurasi tunggal turut ada. Walau bagaimanapun, konfigurasi tunggal tidak memberikan manfaat redundancy sebagai fungsi keselamatan.

Disebabkan dalam badannya terkandung 2 pemacu 4TB, anda boleh bayangkan rupa fizikalnya. Sebahagian besar beratnya disumbang oleh HDD dan ia agak berat, menjadikannya tidak mudah alih. Tapi mengapa perlu mengalih-alihaknnya kerana ia memang dicipta boleh diakses dari jauh.

Agak berat dengan kehadiran dua pemacu 4TB dalam satu badan

Pada bahagian belakangnya ada dua port USB dan 1 port Ethernet. Port USB digunakan untuk mengimport data masuk daripada pemacu storan USB yang lain. Ethernet pula ditambat pada router untuk membolehkan anda mengakses fail yang terkandung dalam My Cloud.

Bahagian belakang badannya dilengkapi beberapa port I/O

[nextpage title=”Akses Data Menggunakan APP Telefon Perlu Penambahbaikan”]

Akses data boleh dilakukan melalui komputer ataupun telefon. Terdapat perisian khas perlu digunakan untuk tujuan tersebut dan ia hadir untuk:

  • Windows
  • iOS
  • Android

APP My Cloud Home ada dalam versi Android dan iOS

Disebabkan turut berfungsi sebagai storan awan, My Cloud bukanlah seperti storan NAS yang lain. Jadi, anda hanya boleh mengakses data milik anda sahaja dan bukan pengguna lain kecuali ia dimasukkan dalam folder awam (shared folder).

Sejurus membuka kotak, proses setup amatlah mudah. Anda hanya perlu menyambungkan unit My Cloud kepada router dan lakukan tetapan ringkas di https://home.mycloud.com.

Proses pemasangan amat mudah

Jika masih ragu-ragu, anda boleh rujuk pada video tutorial yang disediakan pihak WD.

Anda pastinya ingin berkongsi storan 4TB dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan bukan?

Untuk tujuan tersebut, anda perlu menghantar jemputan, menggunakan APP di telefon ataupun di komputer, kepada setiap mereka dan mereka perlu wujudkan satu akaun My Cloud sebelum mula menyimpan data kedalam sotan anda.

Jemput rakan-rakan untuk menggunakan My Cloud

Bilangan & senarai pengguna yang menggunakan My Cloud ini

Akses daripada telefon agak terhad, seperti APP My Cloud ini dikhususkan untuk melakukan salinan gambar sahaja. Contohnya, ia ada fungsi melakukan salinan gambar secara automatik dari telefon kepada My Cloud. Tapi untuk fail selain gambar, tiada cara mudah untuk melakukannya.

APP My Cloud hanya boleh menyalin masuk foto dan video ke dalam penyimpanan

Misalnya, saya ingin menyalin masuk fail .txt ataupun .apk daripada telefon, APP ini tidak menyokongnya. Menekan icon “+” pada APP hanya membenarkan saya memuat naik fail gambar dan video sahaja.

Workaround yang saya temui untuk Android adalah untuk menggunakan browser telefon untuk melakukan muat naik ataupun menggunakan fungsi share daripada mana-mana APP file manager.

Untuk fail selain foto dan video, workaround-nya adalah menggunakan APP file manager dan share fail ke MyCloud

Begitu juga jika saya ingin memindah masuk fail selain gambar dan video masuk ke telefon dari My Cloud. Tiada fungsi khusus terus daripada APP. Workaround yang saya temui adalah berkongsi pautan fail itu dan membukanya menggunakan browser telefon sebelum menemui butang “Download”.

Kalau fail gambar ataupun video, amat mudah untuk muat turunnya masuk ke telefon

Tapi untuk fail selain foto atau video, workaround terpaksa digunakan iaitu kongsi URL dan buka di browser

[nextpage title=”Pengalaman Di Desktop Adalah Cemerlang”]

Akses MyCloud daripada komputer berbeza sungguh pengalamannya. Ia berfungsi seperti yang saya harapkan, seperti sebuah pemacu storan biasa. Anda boleh pindahkan segala jenis fail seperti pemacu itu ada pada desktop anda.

WD Home Cloud di desktop jauh lebih baik berbanding telefon

Sekiranya komputer anda berada dalam rangkaian yang sama dengan My Cloud, sambungan berbentuk “Direct” digunakan. Sebaliknya jika anda mengugnakan LTE ataupun Internet di kedai kopi dan sebagainya, sambungan “Relay” digunakan. Beza antara kedua-dua jenis sambungan ini adalah pada kepantasan perpindahan data.

Sambungan Direct memiliki kepantasan seperti sambungan LAN dan sambungan Relay bergantung pada kepantasan sambungan Internet anda.

Sambungan “Local” beroperasi seperti sambungan LAN

Sambungan “Relay” menyambungkan anda dengan storan menggunakan Internet

Kesimpulan

My Cloud Home adalah satu penyelesaian yang bijak daripada WD untuk storan anda. Ia beroperasi seperti sebuah storan external dan juga Google Drive ataupun iCloud.

Menggunakannya, anda boleh mengakses fail anda dari mana sahaja tanpa mengira masa asalakn anda miliki sambungan Internet. Lebih menarik, jika anda berada dalam rangkaian yang sama dengan My Cloud Home tersebut, ia menggunakan sambungan terus tanpa menggunakan Internet bagi memberikan kelajuan perpindahan data yang maksimum.

Antara golongan yang saya rasakan sesuai untuk menggunakan My Cloud Home adalah seperti:

  • Keluraga yang ingin berkongsi dan melakukan salinan gambar melancong mereka.
  • Sekumpulan jurugambar yang ingin menghumbankan kandungan digital mereka untuk disunting oleh seseorang yang menunggu di ibu pejabat.
  • Individu yang tidak ingin bergantung pada penyelesaian awan untuk melindungi data sensitif mereka.
  • Penyimpan kandungan multimedia yang memiliki sistem Home Theater dan menyimpan bahan berdefinisi tinggi untuk dinikmati.
  • Pejabat yang ingin mempunyai storan setempat untuk memasukkan dokumen kerja.

WD My Cloud Home hadir dalam pelbagai konfigurasi dan harga. Senarainya adalah seperti berikut:

  • WD My Cloud Home 2TB – RM689
  • WD My Cloud Home 3TB – RM809
  • WD My Cloud Home 4TB – RM959
  • WD My Cloud Home 6TB – RM1,409
  • WD My Cloud Home Duo 4TB – RM1,539
  • WD My Cloud Home Duo 8TB – RM2,199
  • WD My Cloud Home Duo 12TB – RM3,029
  • WD My Cloud Home Duo 16TB – RM3,359

Jika anda berminat untuk memiliki sebuah daripadanya, anda boleh pergi ke gedung rasmi mereka di Lazada atau Shopee.

 

Tags: harga my cloud home duomy cloud home duomy cloud home duo malaysiamy cloud home duo murahpelancaran my cloud home duoreview my cloud home duospesifikasi my cloud home duotempahan my cloud home duowd malaysiaWestern Digital
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[Reviu] My Cloud Home Duo, Penyelesaian Muktamad Anda Kepada Masalah Lambakan Foto Liburan

[Reviu] My Cloud Home Duo, Penyelesaian Muktamad Anda Kepada Masalah Lambakan Foto Liburan

1 October 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER