[Reviu] My Cloud Home Duo, Penyelesaian Muktamad Anda Kepada Masalah Lambakan Foto Liburan

Intro

Dulu, kita menyimpan data didalam pemacu kilat seperti pendrive dan external drive, kelebihan membuat salinan dalam pemacu kilat adalah ia boleh diakses hatta kita berada di luar talian dan data milik kita selamat daripada dihidu pihak ketiga.

Pemacu kilat adalah mediu storan yang amat berguna

Kemudian penyelesaian awan hadir yang membawakan kemudahan mengakses data dari mana-mana jua asalkan kita berhubung dengan Internet. Tapi kekurangan perkhidmatan awan adalah data kita berada dalam tangan pihak ketiga walaupun mereka berjanji tidak boleh melihatnya atas sebab encryption.

Perkhidmatan storan awan mula tular dalam kalangan pengguna hari ini

Pernahkah anda terfikir untuk menggabungkan manfaat dari kedua-dua dunia dalam satu produk?

Penyelesaian 2-dalam-1 hadir menyelamatkan keadaan

WD My Cloud Home adalah produk yang ada segala-gala manfaat yang anda perolehi daripada storan luar talian dan juga storan awan. Secara ringkasnya, ia adalah produk 2-dalam-1 iaitu:

  • penyimpanan luar talian seperti external drive anda
  • penyimpanan awan seperti Google Drive ataupun Apple iCloud

My Cloud Home Duo 8TB

WD My Cloud Home hadir dengan pelbagai varian. Yang pertama adalah bilangan penyimpan sama ada tunggal ataupun dua. Kemudian anda boleh mendapatkannya pada kapasiti bermula 2TB hingga 20TB.

Set yang tiba di meja editor kami adalah WD My Cloud Home Duo yang hadir bersama dua pemacu penyimpanan sebesar 4TB setiap satu.

Binaan berasaskan plastik

Sungguhpun hadir dengan 2 pemacu 4TB, jumlah storan untuk menyimpan data masih kekal pada 4TB kerana mereka beroperasi dalam konfigurasi RAID 1. Dalam arena storan data komputer, RAID 1 bermakna jumlah data yang tersimpan dalam pemacu pertama adalah salinan kepada data dalam pemacu kedua (mirror).

BACA  20 Pokemon Realiti Dalam Trailer Detective Pikachu

Penutup HDD terletak pada bahagian atas

Versi Duo ada dua slot HDD

Dalam kes mana-mana pemacu mengalami kerosakan, anda cuma perlu menggantikan pemacu yang rosak tanpa mengalami kehilangan data. Situasi ini adalah perkara biasa kepada penyedia perkhidmatan penyimpanan awan seperti Google Drive. Sebab itu data anda tak pernah hilang apabila simpan di awan.

Selain konfigurasi Duo, konfigurasi tunggal turut ada. Walau bagaimanapun, konfigurasi tunggal tidak memberikan manfaat redundancy sebagai fungsi keselamatan.

Disebabkan dalam badannya terkandung 2 pemacu 4TB, anda boleh bayangkan rupa fizikalnya. Sebahagian besar beratnya disumbang oleh HDD dan ia agak berat, menjadikannya tidak mudah alih. Tapi mengapa perlu mengalih-alihaknnya kerana ia memang dicipta boleh diakses dari jauh.

Agak berat dengan kehadiran dua pemacu 4TB dalam satu badan

Pada bahagian belakangnya ada dua port USB dan 1 port Ethernet. Port USB digunakan untuk mengimport data masuk daripada pemacu storan USB yang lain. Ethernet pula ditambat pada router untuk membolehkan anda mengakses fail yang terkandung dalam My Cloud.

Bahagian belakang badannya dilengkapi beberapa port I/O