Surface Studio Kelengkapan Wajib Ada Untuk Professional Kreatif

Microsoft Surface Studio adalah komputer yang ditujukan pada golongan kreatif yang memerlukan paparan luas untuk menjalankan tugasan seni mereka. Ia dilancakran pada tahun 2016 dan bersama-sama Surface Pro dan Laptop, Surface Studio turut menerima pembaharuan yang nyata membuatkannya lebih berkuasa berbanding sebelumnya.

Surface Studio 2 boleh menerima input sentuhan pada permukaan peka sentuhnya yang sebesar 28″. Ia tidak hadir dalam nisbah resolusi 16:9 sebaliknya 3:2 dengan resolusi 4300 x 3000. Selain menggunakan jari, anda turut boleh melakar di atas permukaan skrin menggunakan Surface Pen yang mempunyai tahap kepekaan setinggi 4096.

Uniknya Surface Studio 2 berbanding produk Surface yang lain adalah sudut paparannya boleh diubah mengikut keselesaan penggunannya. Ia dimungkinkan dengan kehadiran engsel khas yang dinamakan Zero Graviti Hinge.

Seperti pada model sebelum ini, Surface Dial turut boleh digunakan untuk berinteraksi dengan komputer ini.

Untuk spesifikasi dalaman, Surface Studio tidak menggunakan CPU Intel Core generasi 8 seperti Surface Pro 6 ataupun Surface Laptop 2. Ia hanya diberikan i7-7820HQ. Tetapi kekurangan itu diubati dengan kehadiran beberapa komponen yang baru seperti:

  • Storan SSD sehingga 2TB
  • GPU GTX 1060 ataupun GTX 1070
  • RAM sehingga 32GB DDR4 luasnya

Antara port I/O yang boleh ditemui pada bahagian papan utamanya adalah:

  • 4 USB-A
  • Pembaca kad SD
  • 1 USB-C
  • Jek audio 3.5mm
  • Port Ethernet 1GB
  • Wi-Fi AC
  • Bluetooth 4.0

Waktu jualan untuk Surface Studio tidak diumumkan tetapi ia dijual pada harga bermula USD 3,499 (RM 16,557) hingga USD 4,799 (RM 19,868). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Fitbit Charge 3 boleh pantau aktiviti kecergasan seperti berenang dan tidur