• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Dua Perkara Ini Buatkan Apple iPhone XS Max Tewas Di Tangan Huawei P20 Pro Menurut DxOMark

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:12 am
  • 04/10/2018
  • Komen
Dua Perkara Ini Buatkan Apple iPhone XS Max Tewas Di Tangan Huawei P20 Pro Menurut DxOMark
Share on FacebookShare on Twitter

Apple iPhone XS Max adalah yang tercanggih pernah dihasilkan Apple setakat ini. Tapi selain disebabkan logo buah yang tersemat dibawah lapisan kaca, pengguna turut teruja dengan penambahbaikkan yang dibawakan Apple berbanding model sebelum ini. Mereka pastinya gembira apabila melihat markah DxOMark untuk iPhone XS Max ini. Pada markah 105, iPhone XS Max duduk di belakang pendahulu carta, Huawei P20 Pro.

Kalah sebanyak empat mata menunjukkan ia mampu bersaing dengan raja kamera telefon di DxOMark setakat ini.



Pada bahagian mana Apple XS Max gagal menyaingi P20 Pro?

Yang pertama adalah pada kategori bokeh. Dalam kategori ini, ujiannya adalah mengambil gambar potret dengan kesan bokeh untuk mengasingkan subjek dengan latarnya.

Cabarannya di sini adalah bagaimana sistem kamera telefon mengenal pasti pingir subjek untuk memisahkan kabur dengan tidak.



Edge detection pada iPhone XS Max

Pengesanan pinggir pada Huawei P20 Pro

Merujuk pada kedua-dua hasil gambar bokeh di atas, ia jelas menunjukkan P20 Pro lebih jitu dalam mengasingkan subjek daripada latar. iPhone XS Max pula gagal mengasingkan latar belakang yang terdapat di celah-celah jari subjek.

Apple turut gagal bersaing dalam kategori zoom. Pada iPhone, pengguna menikmati 2x optikal telefoto bersama-sama pengezuman digital sehingga 10 kali. Tapi pada P20 Pro, pengguna menerima:

  • 3x zum optikal
  • 5x zum lossless
  • 10x zum digital

iPhone dan P20 Pro masing-masing menerima 59 dan 73 mata. Tiada perbandingan terus dilakukan DxOMark dalam kategori ini tetapi melihat pada markah kategori zum pada iPhone X yang hanya satu mata berbeza, anda boleh beranggapan hasil zum kedua-dua kamera adalah sama.

Framing asal

Hasil crop daripada iPhone XS Max

Hasil crop daripada P20 Pro

iPhone XS Max menewaskan P20 Pro dalam kategori autofokus. Apple berbangga dengan terma Focus Pixels yang dikatakan membantu dalam proses membidik fokus. Sebenarnya ia hanyalah terma bombastik yang merujuk pada piksel pengesanan fasa yang diguna dalam kamera dedikasi sejak sekian lama.

Focus Pixels telah ada sejak iPhone 6 lagi tapi pada XS Max, ia nyata ditambah baik. Berbanding P20 Pro, XS Max sekitar 100ms lebih pantas.

Ujian membidik fokus iPhone XS Max

Ujian membidik fokus Huawei P20 Pro

Menurut DxOMark, iPhone XS Max memang adalah kamera iPhone paling mantap pernah diuji mereka. Jika dirujuk pada carta, ia jauh meninggalkan iPhone X yang dilancarkan tahun sudah.

Ia menjadi iPhone pertama yang memecahkan skor 100 pada carta DxOMark untuk berada dibelakang P20 Pro dengan perbezaan hanya 4 mata. Daripada kualiti video, mereka berbeza hanya 2 mata yang mencadangkan prestasi antara keduanya amatlah sepadan.

[Sumber: DxOMark]

Tags: appleapple iphoneapple iphone xs maxdxomarkDxOMark iPhone XSiphoneiPhone XS Maxkamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Dua Perkara Ini Buatkan Apple iPhone XS Max Tewas Di Tangan Huawei P20 Pro Menurut DxOMark

Dua Perkara Ini Buatkan Apple iPhone XS Max Tewas Di Tangan Huawei P20 Pro Menurut DxOMark

4 Oktober 2018

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER