• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ ahli baru telefon mampu milik Samsung

  • OLEH Najib
  • 7:37 pm
  • 05/10/2018
  • Komen
Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ ahli baru telefon mampu milik Samsung
Share on FacebookShare on Twitter

Lima bulan lepas, Samsung membawakan model baru Galaxy J4 dan Galaxy J6 ke Malaysia. Hari ini tiba pula versi tambahan baru, Galaxy J4+ dan J6+ dengan skrin Infinity Display yang lebih besar.

Sekilas pandang, Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ nampak sama dari luar. Ia kerana kedua-duanya berkongsi skrin yang sama, saiznya 6.0-inci bernisbah 18.5:9 dengan resolusi HD+ (1490×720). Tetapi ia adalah paparan TFT, bukan AMOLED.



Kedua-duanya juga menggunakan cip pemproses yang sama, Snapdragon 425 4-teras berkelajuan 1.4Ghz, sebuah pemproses yang agak tua. Saiz baterinya pula 3,300mAh dan dicas melalui mikroUSB. Tetapi sehingga ini sahaja persamaannya.

Galaxy J4+

Samsung Galaxy J4+ diberikan RAM sebanyak 2GB bersama storan dalaman 32GB. Disebabkan ia memiliki tiga slot kad, maka ia boleh menerima dua kad sim nano dan satu kad mikroSD sehingga 512GB serentak.



Kamera belakang di Galaxy J4+ hanyalah satu, menggunakan sensor 13MP F1.9. Bagi kamera hadapan, ia dipasang lensa 5MP F2.2. Telefon ini memiliki keupayaan pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin telefon. Pengimbas capjari pula tidak disertakan.

Galaxy J6+

Bagi Galaxy J6+, ia memiliki perkakas berganda dengan RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB. Tiga slot kad juga terdapat padanya, memberi ruang untuk dua kad sim nano dan satu kad mikroSD.

Kamera berganda juga dipasang pada Galaxy J6+, dengan dwi kamera belakangnya daripada sensor 13MP F1.9 dan 5MP F2.2, yang mampu menghasilkan tangkapan gambar bokeh. Bagi kamera hadapan, ia menggunakan sensor 8MP F1.9.

Satu lagi kelebihan Galaxy J6+ ialah ia memiliki pengimbas capjari, tetapi terletak di sisi pada butang kuasa. Pengecaman wajah juga ada, jadi ia boleh digunakan di samping pengimbas cap jari.

Kedua-dua telefon pintar Samsung yang baru ini boleh mula dibeli sekarang dari Stor Samsung. Galaxy J4+ dijual pada harga RM699 manakala Galaxy J6+ pula berharga RM999. Untuk perbandingan, harga Galaxy J4 sekarang ialah RM559 dan Galaxy J6 pula RM749.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy J4+ dan Samsung Galaxy J6+.

Tags: Galaxy J4Galaxy J6samsungSamsung Galaxy J4Samsung Galaxy J6samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ ahli baru telefon mampu milik Samsung

Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ ahli baru telefon mampu milik Samsung

5 October 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN