• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Trikamera Mate 20 Pro Miliki Zum Optikal Terpanjang Dalam Sejarah Huawei

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:05 am
  • 09/10/2018
  • Komen
Trikamera Mate 20 Pro Miliki Zum Optikal Terpanjang Dalam Sejarah Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang hari pelancarannya, semakin banyak maklumat berkaitan Huawei Mate 20 terbocor masuk ke Internet. Terbaru adalah berkaitan spesifikasi khusus trikamera untuk kedua-dua Mate 20 dan Mate 20 Pro.

Mate 20 Pro (kiri) & Mate 20 (kanan)



Daripada sumber yang boleh dipercayai, kamera Mate 20 dan Mate 20 Pro akan memiliki ciri-ciri seperti berikut:

  • Mate 20: 17-52mm F1.8-2.4
  • Mate 20 Pro: 16-80mm F1.8-2.4

Daripada info yang dikongsikan, bolehlah kita simpulkan yang Mate 20 akan hadir dengan kamera 17mm bersama-sama 3× zum optikal manakala Mate 20 Pro pula dilengkapi kamera 16mm dengan 5× zum optikal. Kedua-duanya mempunyai apertur tak malar, sama ada F1.8 ataupun F2.4.



Leica triple cam specs for

Mate 20
1:1.8-2.4/17-52 ASPH

Mate 20 Pro
1:1.8-2.4/16-80 ASPH

— Roland Quandt (@rquandt) October 8, 2018

Walau bagaimanapun, spesifikasi kamera untuk telefon pintar tidak boleh disamakan dengan kamera konvensional. Misalnya, anda mungkin beranggapan yang Mate 20 Pro boleh mengezum optikal antara 16mm hingga 80mm.

Yang sebenarnya adalah ia sama ada 16mm ataupun 80mm. Apa-apa proses mengezum antara ataupun melebihi julat tersebut dicapai dengan bantuan zum digital yang dikenali Huawei sebagai Hybrid Zoom.

Selain maklumat kamera, beberapa maklumat lain tentang Mate 20 turut ada dikongsikan oleh pihak lain. Antaranya adalah seperti AI Smart Zoom yang membolehkan teleofn mengezum secara automatik sambil menjejak subjek.

Daripada spesifikasi, Mate 20 bakal diperkasa CPU terhebat Huawei iaitu Kirin 980 dan ia bakal dilancarkan di London pada 16 Oktober 2018.

Tags: Huaweihuawei mateHuawei Mate 20Huawei Mate 20 Prohybird zoomleicamate 20mate 20 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Trikamera Mate 20 Pro Miliki Zum Optikal Terpanjang Dalam Sejarah Huawei

Trikamera Mate 20 Pro Miliki Zum Optikal Terpanjang Dalam Sejarah Huawei

9 October 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN