• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anugerah empat kamera pertama di dunia milik Samsung Galaxy A9

  • OLEH Najib
  • 6:57 pm
  • 12/10/2018
  • Komen
Anugerah empat kamera pertama di dunia milik Samsung Galaxy A9
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mungkin bukan yang pertama menghasilkan kamera di telefon pintar, atau dwi-kamera atau tri-kamera. Tetapi Samsung mahu menjadi yang pertama di dunia menghasilkan telefon pintar dengan empat kamera belakang dengan melancarkan Galaxy A9 (2018).

Setiap lensa di kamera belakang Galaxy A9 memiliki fungsi tersendiri. Tetapi dipendekkan cerita, ia berfungsi seperti zum optikal dengan tambahan tahap kedalaman untuk tangkapan bokeh. Empat lensa tersebut ialah:



  1. Lensa ultra lebar 8MP F2.4
  2. Lensa telefoto 10MP F2.4
  3. Lensa utama 24MP F1.7
  4. Lensa kedalaman 5MP F2.2

Beberapa fungsi kamera baru di Galaxy Note9 juga terdapat pada Galaxy A9 ini. Seperti fungsi Scene Optimiser yang memastikan gambar terbaik dirakam, serta fungsi Depth Lens yang membolehkan kadar bokeh diubahsuai sebelum atau selepas gambar ditangkap.

Bagi kamera hadapan, ia menggunakan sensor 24MP F2.0 bagi tangkapan swafoto.



Samsung tidak menyatakan dengan jelas, pemproses apakah yang digunakan untuk Galaxy A9, melainkan ia adalah pemproses 8-teras, gabungan 4-teras 2.2Ghz dan 4-teras lagi 1.8Ghz. Bunyinya macam Snapdragon 660, tetapi ia mungkin juga pemproses Exynos keluaran Samsung sendiri.

RAM sebanyak 6GB dipasang di dalam bersama storan dalaman 128GB. Hanya satu versi ini untuk pasaran Malaysia. Storan in boleh diluaskan dengan memasukkan kad mikroSD. Sehingga 512GB boleh ditambah, menjadikan jumlah storan kepada 640GB.

Galaxy A9 memiliki skrin seluas 6.3-inci dari jenis Super AMOLED, dengan resolusi HD Penuh+ 2220×1080.

Bateri di Galaxy A9 hanya sebesar 3,800mAh, sedikit kecil dari Galaxy Note9 yang sebesar 4,000mAh. Tetapi ia memiliki pengecas pantas yang sama dan menggunakan sambungan USB-C. Ia memiliki fungsi NFC serta datang dengan sokongan Samsung Pay.

Badan belakang Galaxy A9 ini diperbuat dari kaca dengan sisi melengkung. Sebanyak tiga warna disediakan iaitu Hitam, Biru dan Merah Jambu. Samsung juga pertama kali menggunakan warna gradient di peranti, pada Galaxy A9 ini. Menjadikan rupanya sangat menarik.

Galaxy A9 (2018) dengan 4 kamera belakang pertama di dunia, dijadualkan akan berada di pasaran bermula November 2018. Harganya tidak lagi dinyatakan tetapi ia mungkin akan melepasi RM2,000.

Adakah 4 lensa kamera boleh menghasilkan gambar yang lebih baik dari biasa? Ini kita kena uji terlebih dahulu. Sementara itu, boleh pergi ke laman produk Samsung Galaxy A9 (2018) untuk maklumat lanjut.

Tags: samsungSamsung Galaxy A9Samsung Galaxy A9 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Anugerah empat kamera pertama di dunia milik Samsung Galaxy A9

Anugerah empat kamera pertama di dunia milik Samsung Galaxy A9

12 October 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER