honor 8X mula dijual hari ini dengan tawaran istimewa di Shopee

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Shopee]

Telefon pintar dengan storan 128GB paling murah di Malaysia, honor 8X akan dijual hari ini bermula jam 9 pagi. Ia boleh dibeli secara eksklusif hanya di Shopee hari ini dan datang dengan banyak hadiah percuma, khas buat pembeli terawal.

honor 8X dijual di Malaysia pada harga RM949 sahaja, peranti termurah boleh dibeli dengan storan dalaman 128GB. Dengan membelinya di Shopee, pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM416 iaitu:

  • Sekotak hadiah eksklusif
  • honor Band 3
  • Flip cover honor 8X
  • baucer RM100 HiHonor

Anda juga boleh menerima cashback RM50 dalam bentuk Shopee Coin apabila menggunakan kod HONOR8X semasa check out.

Jangan terlambat untuk memiliki honor 8X hari ini bersama pelbagai hadiah percuma, dan diskaun tambahan RM20. Segera ke laman honor 8X di Shopee untuk membuat tempahan.

honor 8X yang baru ini memiliki skrin yang sangat besar dan bingkai amat nipis. Skrin ini berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh+ dan memenuhi 91% ruang hadapan, bersama takuk di atas.

Kuasa dalamannya digerakkan oleh CPU Kirin 710 berkuasa GPU Turbo, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga memiliki tiga slot kad, menerima dua kad sim nano dan satu kad mikroSD serentak.

Kamera belakangnya menggunakan dwi-lensa 20MP+2MP F1.8 berkuasa AI, bersama fungsi Super Night Shot seperti di Huawei P20 dan juga Super Slow Motion sehingga 480fps. Kamera hadapan pula berlensa tunggal 16MP.

Bateri sebesar 3,750mAh dipasang di dalamnya dan dicas melalui sambungan mikroUSB. PEranti ini menjalankan sistem operasi EMUI berasaskan Android 8.1 Oreo.

Dua warna honor 8X boleh dibeli di Malaysia, Hitam atau Biru dengan kemasan unik gabungan matte dan glossy di belakang.

BACA  Honor 8X Miliki Storan 128GB Pada Harga Kurang RM1,000

Buat pembaca SoyaCincau yang mahu membeli telefon pintar di Shopee, gunakan kod SOYAX20 semasa check out untuk menerima diskaun tambahan RM20.

 

Ini Dia Telefon 128GB Termurah Di Malaysia

honor 8X dilancarkan pada harga RM949 dan menjadikannya telefon berstoran 128GB termurah. Ia akan mula dijual pada 12 Oktober 2018 di laman Shopee dan juga hihonor. Pembelian diluar talian bermula 13 Oktober ini dan setiap pembelian awal akan menerima honor Band 3 percuma yang bernilai RM119 beserta beberapa hadiah yang lain.

Bacaan lanjut di: https://bm.soyacincau.com/tag/honor/

Posted by SoyaCincau – BM on Thursday, 11 October 2018